Wednesday 12 June 2013

SEDIKIT TIPS LUAR BIASA UNTUK BERKOMUNIKASI BERKESAN DENGAN ANAK-ANAK DIBAWAH 3 TAHUN


Salam ibu n ibu bapa yg lain semua.. semoga sentiasa dilimpahi rahmat Allah..:-)

Sy nk bertanya n mnta pndangan ibu dan rakan2 yg lain yg byk pengalaman ini utk memberi tips n tunjuk ajar..

Anak sy mejangkau usia 2 tahun. Sgt active dan nmpk sgt bersemangat dlm semua benda. I guess she is excited in exploring new things. Dah boleh berckp few words dgn lancar n fhm mksud bila kita berckp dgn dia. Dah pndai juga mengekspresi diri-suka, sakit, marah n ingin berkuasa.

Sy fhm perkembangan ini adalah normal utk anak seusia ini (betul kan?). Cuma yg merunsingkan sy bila dia spt tak dgr kata dan arahan.

Sy mmg cuba dr dulu tidak tinggikn suara dan pndekatan mnghukum.


So klu sy marah, sy akan buat suara yg tegas sambil memberi pndngan marah (jengilkn mata).

But she seems doesn't listen and willing to follow.

I know pendekatan mmberi penerangan on cause and consequences... but kids that age will they understand ? Sbb sy penah buat.. dia akan ttp mengulangi.

Maaf catitan sy agak pnjang..hnya ingin membri gambaran sebnr sebaik mungkin.
Hrap ibu dan rakan2 lain dpt membntu. Tq so much. ♥ - Sha Ibrahim

Pertama, ibu mengucapkan syabas kerana Sha mempunyai keinginan yang sihat untuk mencari jalan penyelesaian kepada keadaan ini. Ibu ucapkan tahniah juga kepada semua para ibu bapa yang sebegini terutama yang telah menulis dan bertanya soalan kepada ibu. Bagi yang masih belum menerima jawapan dari ibu, ibu harap boleh bersabar dan mengulang soalan itu. Soalan anda penting untuk ibu, cuma ibu belum dapat menjawabnya: ) Harap maaf.

Informasi di luar masuk ke otak kita untuk difahmi melalui 5 cara - Pancaindera - Mata, lidah, telinga, kulit dan hidung dan rangsangannya, melihat, merasa, mendengar, sentuhan dan bauan. Informasi adalah di luar dan perlu ada saluran untuk ke otak untuk difahami. Bergantung rapat kepada pancaindera mana yang paling dominan di dalam pengambilan informasi, maka sesaorang itu akan cepat memahami informasi itu bila informasi itu dimasukkan melalui jalan itu. Contohnya, bagi anak yang PENDENGARANnya lebih terangsang, maka dia senang memahami arah bila kita bercakap dengannya. Bagi yang belajar dengan melihat pula, maka, dia senang memahami arahan bila kita menunjukkannya supaya dia nampak.  Bagi yang perlu merasa, maka, dia perlu diberi rasa atau bergerak bila memberi arahan itu.

Memahami keadaan ini, maka, kita perlu mempelbagaikan arahan kita sehingga kita nampak komunikasi kita telah sampai dan difahami oleh anak itu. Contohnya, kita mahu memberitahu anak bahawa api itu panas, maka ada anak yang belajar dengar mendengar, maka kita boleh memberitahu secara bercakap atau meninggikan sedikit suara supaya menunjukkan amaran dan mengatakan ..'Aduh..' Dia boleh faham. Bagi anak yang belajar dengan melihat, maka kita boleh tunjuk kita pegang api dan tunjuk gaya ia panas dengan mengerakkan tangan kita cepat dari apai itu sambil mengatakan ' Aduh...panas'. Bagi yang belajar dengan cara merasai dan membuat, inilah yang mencabar sedikit untuk perkara seperti ini, namun, anda perlu kreatif dengan memberi dia rasa kepanasan itu sedikit dari jauh, supaya dia faham - api itu panas. Memahami akan perkara ini, anda boleh membuat kombinasi ketiga-tiga cara agar komunikasi anda lebih berkesan kepada anak itu.Satu lagi perkara yang ibu ingin sampaikan, jangan menyangka anak kecil tidak boleh faham. Semasa mereka kecil, kita bukan bercakap dengan minda sedarnya sahaja, kita bercakap dengan minda dibawah sedarnya. Kita bercakap kepada otaknya dan kita menanam benih-benih informasi yang bakal kita gunakan nanti apabila mahu berkomunikasi dengannya. Anak yang datang ke dunia ini memang seperti kain putih bersih tetapi bukan bekas kosong yang tidak berisi. Setiap anak telah hidup ribuan tahun dalam bentuk roh dan mempunyai ilmu yang banyak. Bila mereka datang ke dunia ini mereka hanya perlu belajar menggunakan badan fizikal ini untuk mengekspresikan apa yang mereka ingin komunikasikan. Bukan mereka tidak faham kita, kita yang tidak faham mereka : ). Dalam usia 3 tahun ke bawah, banyak menggunakan gerak rasa dan komunikasi dengan hati kepada mereka, nescaya anda akan dapati mudah memahami mereka.Ibu hanya tahu perkara ini benar setelah ibu mempunyai anak yang kelima. Ibu dengarnya dengan 'telinga hati' ibu. Memang senang memahaminya. Kini sudah bercucu tiga dan yang paling kecil dibawah setahun, ibu berkomunikasi dengannya secara hati dengan menggunakan minda dibawah sedar juga. Ia sangat memuaskan hati.

Cara 1,
- letakkan anak kecil itu dekat dengan dada anda.
- Tutup mata anda
- Tenangkan pemikiran anda - quiet your mind.
- Dengar dari hati.

Cara 2,
- Bercakap kepadanya semasa dia tidur. Kalau anda tidak mahu dia mengambil barang-barang yang tajam dsbnya pun boleh dibuat semasa itu. Supaya lain kali dia tidak melakukannya lagi. Semasa tidur, anda boleh terus berkomunikasi dengan minda di bawah sedarnya.

Bila mula-mula itu memanglah tidak begitu menjadi. Namun, usahakanlah. Semua yang senang bermula dengan susah dulukan. Bukankah susah hendak memandu kereta, namun anda mempunyai keupayaan menguasainya setelah belajar. Jadi, perkara ini pun sama. Apa yang sangat penting, janganlah menyangka ini tahyul atau karut. kepercayaan sebegitu menutup  jalan menggunakkan kekuatan minda dibawah sedar dan hati.

Apa-apa pun perlu banyak bersabar dan meneruskan usaha. Jangan mudah mengatakan susah. Ingat anda mempunyai potentsi menggunakan minda di bawah sedar ini. Semoga anda berjaya!

Perhatian:
BAGI YANG MENDAPATI PERKONGSIAN INI BERMAKNA DAN BERMANFAAT, 
ANDA BOLEHLAH MELAWAT DAN 'LIKE' PAGE IBU ROSE INI  - Ke Facebook Ibu Rose

No comments:

Post a Comment