Monday, 2 September 2013

ANDA BERTANYA IBU ROSE MENJAWAB;

Soalan:

1) Nur Idayu Rosni
Adik xnak berkongsi dengan kakak.asyik mahu berebut

2) Ziana Ilham
Anak yang terlalu manja.

3) Abby Sani
Anak yg tlalu obses dgn tab dan tv...dan bile nampak mainan xkan berganjak selagi xdpt...

4) Anak2 yg suka mnyalahkn ibubapa,kadang2 ibupapa pula ego utk meminta maaf kpd anak2

-----------------------------------------

Jawapan:

1) Pada usia dibawah 3 tahun, anak-anak kecil belum pandai berkongsi. Mereka memang kedekut (possessive). Jangan putus asa untuk menerangkan dan memberitahu mereka untuk berkongsi. Mungkin mereka tidak lagi faham, tapi bila mereka telah mencecah 4 tahun, jika anda telah sabar mendidik untuk mereka berkongsi, maka mereka akan pandai berkongsi.
Anak suka berebut dan berkelahi, bila mereka merasakan ada ketidakadilan didalam cara mereka dilayan. Jika anak sudah melebihi 5 tahun dan asyik berkelahi, maka anda perlu melihat adakah mereka sering melihat perkelahian di dalam perhubungan anda suami isteri atau daripada TV atau orang yang rapat dengan mereka? Adakah ianya timbul dari rasa tidak puan hati kerana terlalu sering dibanding-bandingkan?

2) Anak terlalu manja kerana ada orang yang memanjakan. Siapakan orang itu? Manja anak itu macamana? adakah dia mahu semua orang ikut cakap dia kalau tidak meragam atau merajuk? Jika itulah tektiknya, tidak perlu dilayan lebih-lebih. Setiap kali anak merajuk, nyatakan anda sayangkan dia, namun anda tidak perlu ikut semua kehendaknya.

3) Anak kecil ketagihan ipad kerana pada awalnya tidak dihadkan penggunaan ipad dan penontonan TV. Ambil kawalan anda kembali, sekarang limit masa menonton dan menggunakan ipad. Ajak buat aktiviti yang menyeronokan. Sila pergi ke website ini untuk idea

Learn with Play at home: Top 10 Favourite Kids Activities from 2012
www.learnwithplayathome.com

4) Jika anak-anak suak menyalahkan ibu bapa, ini petunjuk tidak ada hormat di dalam pertalian itu. Ini adalah bibit negatif yang mula timbul didalam pertalian ibu bapa dan anak-anak itu. Take a deep breath, lihat kembali apa yang telah selalu dibuat; adakah anda cepat menyalahkan anak semasa anak anda kecil dahulu. Cepat memukul dan menjerit marah-marah dengan anak bila ada yang tidak kena. BERISTIGFAR. Minta maaf dengan Allah kerana anda tersalah jaga anugerahnya itu. Segala perbuatan itu mencalar EQ anak yang kini bila sudah besar, sudah berani melawan dan menyalahkan ibu bapa. BERISTIGFAR dan minta Allah lembutkan hati anak dan ibu bapa pula kena tekan ego sehingga terpenyet, supaya hati lembut meminta maaf dan memperbetulkan pertalian.

No comments:

Post a Comment