Wednesday 12 June 2013

Di saat kita Mencari-cari KAEDAH EFEKTIF DALAM MEMBETULKAN KESALAHAN ANAK...


Sungguh indah panduan yang Allah ajarkan kepada hamba-hambaNya yang mahu berfikir..Sungguh Allah Maha Penyayang meminjamkan kita Ilmu mendidik anak-anak yang Allah amanahkan kita untuk menjaganya...

Di saat kita buntu macam mana nak handle anak-anak kita ni....teknik apa yang sesuai sebenarnya? Cara apa yang betul?

Dr Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, dalam buku Prophetic Parenting-.Cara Nabi Didik Anak mengenengahkan bahawa apabila kita berhadapan dgn salah laku anak, mencari inti (dasar) kepada kesalahan itu, sgt membantu kita sebagai panduan untuk kita memilih cara yang sesuai untuk kita membetulkannya.

langkah mengeluarkan akar (punca) kesalahan dilihat menunjukkan hasil yang LUAR BIASA dalam aktiviti pendidikan...di mana ia di sandarkan kepada:

1. Kesalahan dalam pemahaman, iaitu si anak tidak ada pemahaman yang betul tentang sesuatu, sehingga dia melakukan kesalahan.

2. Kesalahan dalam aplikasi- anak tak dapat selesaikan sesuati tugasan atau aktiviti dengan baik dan tidak terlatih melakukan sesuatu kerja sehingga dia melakukan kesalahan.

3. Kesalahan terletak pada anak sendiri yang sengaja melakukan kesalahan termasuk memiliki jiwa pemberntak...

Oleh sebab itu, mencara dasar kepada kesalahan anak sangat membantu kita untuk memilih kaedah apa yang sesuai...

Indahnya Ilmu Mu wahai Tuhanku..

Perhatian:
BAGI YANG MENDAPATI PERKONGSIAN INI BERMAKNA DAN BERMANFAAT, 
ANDA BOLEHLAH MELAWAT DAN 'LIKE' PAGE IBU ROSE INI  - Ke Facebook Ibu Rose

No comments:

Post a Comment