Thursday 13 June 2013

PARENTING BIJAK - MEMILIH PASANGAN HIDUP - Day 2- 13 Jun '13

MEMILIH PASANGAN HIDUP


Part 1

Ibu pernah ditanya, bilakah parenting bermula? Ada yang menjawab, bila mereka mendapati mereka mengandung anak yang pertama.

Namun, bagi ibu parenting bermula bila anda mencari pasangan hidup. Pasangan hidup adalah sangat penting di dalam pendidikan anak-anak. Bila pasangan sepakat didalam corak parenting yang hendak diambil, maka peluang untuk berjaya adalah lebih tinggi.
 

Bagi seorang Muslim, garis kasar telah diberi yang boleh digunakan baik bagi lelaki atau wanita.
Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda : “Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan karena agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama niscaya kamu bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)

Dalam hadits di atas dapat kita lihat, bagaimana beliau Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menekankan pada sisi agamanya dalam memilih isteri dibanding dengan harta, keturunan, bahkan kecantikan sekalipun. Hendaknya calon isteri memiliki dasar pendidikan agama dan berakhlak baik karena wanita yang mengerti agama akan mengetahui tanggung jawabnya sebagai isteri dan ibu.

Apa yang kita juga perlu faham bahawa bila seorang wanita mencari pasangan atau hendak memilih pasangan, prioriti ini juga adalah amat penting. Seorang suami yang berilmu agama dan MENGHAYATI agama, akan dapat menjadi pemimpin yang baik. Kerana dia akan membawa kehadapan pendidikan anak-anak cara Nabi yang mana ianya adalah menggunakan ‘The Psychology of the bright side of the human nature.’
Bagi yang bukan Muslim, adalah tidak jauh bezanya dalam memilih pasangan. Mereka perlu melihat kepada prinsip, nilai hidup, amalan, akhlak serta corak berfikir bakal pasangan mereka.

Apa yang sangat bahaya ialah memilih pasangan ikut sempat dan berharap akan dapat menggubah mereka bila sudah berkahwin nanti.


Part 2

Menyesuaikan Diri

Walaupun pasangan mungkin mempunyai fundamentals yang sama, namun penyesuaian diri dan masa untuk fine tuning mungkin akan ada. Maklumlah, pasangan kita tidak datang dari latar belakang yang 100% sama.

Oleh itu perbincangan, adjusting dan berusaha untuk bersepakat adalah sangat penting.

Ramai pasangan menggambil masa yang lama merancang hari perkahwinan mereka dan tidak berbincang langsung mengenai bagaimana mereka mahu membina keluarga mereka. Lantaran bila mendapat anak, mereka mendapati banyak ketidaksepakatan di dalam banyak perkara terutamanya di dalam mendidik anak.

Memfokus kepada persoalan bagaimana hendak buat bila anda mendapati pasangan anda mempunyai banyak banyak perbezaan pendapat yang wujud kerana perbezaan fundamentals, prinsip dan nilai?
Pertama yang telah sedar perlu berhemah dalam mendapatkan kesepakatan. Perlu diusahakan untuk mewujudkan kesepakatan.

Contohnya, jika si suami tidak nampak pentingnya mengambil berat tentang pendidikan anak-anak sejak kecil tetapi si isteri memahaminya sangat, anda boleh memujuk, sharing info dan sebagainya. Anda boleh berkreatif dalam hal ini. Dapatkan orang yang dia percayai dan hormati untuk memberitahunya. Kelembutan akan membawa hasil yang lebih cepat berbanding tengking-menengking dan berkelahi di hadapan anak-anak.


Part 3

Memfokus kepada persoalan bagaimana hendak buat bila anda mendapati pasangan anda mempunyai banyak banyak perbezaan pendapat yang wujud kerana perbezaan fundamentals, prinsip dan nilai?
Pertama yang telah sedar perlu berhemah dalam mendapatkan kesepakatan. Perlu diusahakan untuk mewujudkan kesepakatan.

Contohnya, jika si suami tidak nampak pentingnya mengambil berat tentang pendidikan anak-anak sejak kecil tetapi si isteri memahaminya sangat, anda boleh memujuk, sharing info dan sebagainya. Anda boleh berkreatif dalam hal ini. Dapatkan orang yang dia percayai dan hormati untuk memberitahunya. Kelembutan akan membawa hasil yang lebih cepat berbanding tengking-menengking dan berkelahi di hadapan anak-anak.
 


Part 4

Tuhan telah mengingatkan kita bahawa yang lebih kurang maksudnya, jika dia adalah jodoh kita dan kita mendapati kita tidak suka akan sesuatu mengenainya, ketahuilah kemungkinan apa yang kita tidak suka itu adalah baik untuk kita.

Maka jika anda mendapati cara pasangan anda mendidik anak anda adalah suatu yang anda tidak suka. Fikirkan bagaimana anda boleh mencari jalan maufakat. Di situ ada pentarbiyahan diri untuk anda dari Allah. Oleh kerana kasihnya anda akan pasangan anda dan anak-anak anda, anda akan mencari jalan agar pasangan anda akan lebih bersepakat.

Apa yang ibu ingin nyatakan di sini, jangan hanya mengeluh mengapa diberi pasangan begini dan begitu. Perbaiki apa yang boleh diperbaiki di dalam diri anda agar anda dapat membantu pasangan anda untuk memenuhi tanggun-jawabnya terhadap anak-anak ke tahap yang paling tinggi.
 


Part 5

Seorang anak memerlukan kedua ibu bapanya aktif dan mengambil bahagian sepenuhnya di dalam pentarbiyahan dirinya. Gabungan lelaki dan perempuan sangat penting. Itu sebabnya Allah datangkan kita melalui gabungan seorang ayah dan ibu.

Penglibatan sepenuh diri di dalam pentarbiyahan anak-anak perlu dimulakan sebelum anda itu wujud dalam bentuk fizikal lagi. Anak dikandung oleh ayahnya dahulu dan sperma yang menang dan masuk ke dalam ovum itu membawa tenaga doa yang paling kuat oleh ayahnya. Samada doa itu dilafaz atau tidak tersedar atau tidak.

Bagi yang terpaksa membesarkan anak-anak mereka tanpa pasangan kemungkinan kerana perpisahan hidup mahupun mati, janganlah pula merasakan anda tidak akan berjaya.

Percayalah bahawa jika itu yang berlaku, Allah akan mendatangkan pertolongannya untuk anak anda itu untuk dia membesar dengan baik. Sebagai parent yang masih bersama anak itu, anda lakukan sahaja yang terhabis baik.

Kita mesti ingat dalam kita mendidik dan berusaha mendidik anak-anak kita, Allahlah juga yang memegang hati mereka. Maka panjatkanlah doa kepadaNya.
 


Part 6

Sekarang kongsikan pengalaman anda bagaimana anda mewujudkan kesefahaman di dalam pendidikan anak-anak anda bersama pasangan anda. Dan menyebabkan semua pihak berpuas hati : )
 


Komentar:

1- Maznah Ibrahim Komunikasi tbuka.
Share pengalaman/ isu klien yg ada ank dr umur knk2 dan remaja berkaitan keperluan ibubapa zmn skrg. Mksud ambil pelajaran dr pengalaman mereka.
Share dgn suami akan ikon parenting yg bgus. Hadiri kursus parenting bersama. Dptkan / lock tarikh kursus utk hadir bsama. Ptama kali pergi seorang, kali ke2 Alhmdulillah dpt pergi bersama, dan terbuka minda dan hati ttg isu parenting. Kali ke3 dan seterusnya alhmdulillah dpt komitmen dan pergi bersama suami. Sntiasa berbincg akan perubhn kecil ank dan bgmana kami dapat membantu dlm proses pkmbgn ank. Suami juga memperingatkan sy apb saya terlupa, terlepas pndg atau leka dlm mempraktikkan apa dipelajari dlm kursus parenting.

Dr awl kndungan sntiasa forward email pkmbgn janin secara mingguan kpd suami. Maka suami sntiasa mengikuti pkmbgn ank dlm kndungan dan bkomunikasi dgn ank. Setiap hr sy berdoa utk anak dlm kndungan akan apa yg sy hasratkan utknya dan kami sbg pembimbingnya.

Sebelum bersama suami dgn niat utk mghasilkan bnih terbaik bersama (which is few months before it happened), bersama berniat dan berdoa utk peroleh zuriat generasi penerus yg terbaik menurut ajaran Ilahi. Alhmdulillah.


2- Nur Farhana Noor Musa A good sharing, IBU!
In my case,
Sy seorang guru, pnh jd lecturer kolej, pnh mengajar di sekolah swasta, after those years teaching, sy dapati pelajar Melayu tidak ada keyakinan diri, x ada kemahiran membuat keputusan.
So, sy ajar anak sy macamana buat keputusan. Sy bg ruang utk dia buat pilihan, sy slalu bg pro n cons sesuatu perkara, dll.
Now he is 4 yrs old n he started demanding.
Of course, d ayah put d blame on me.
So skrg i am confused to start d same approach on my second baby.


3- Anie Alja Wah, mau panjang nie...

Saya bermula dengan keazaman mahu memahami cara suami berfikir, secara tidak langsung saya terjebak dengan buku-buku psikologi, human character, self-development ..bila dapat anak sebijik karektor suami, saya jadi lebih taksub untuk memahami cara mereka melihat dunia dari perspektif seorang introvert. Dari situ saya faham manusia ada kecenderungan tersendiri 'inborn quality', ada bagus dan ada kurang bagus bergantung pada masa dan tempat.

Alhamdullilah, saya mendapat suami yang sihat self-esteem, kami banyak berbincang apabila pendekatan dia berbeza dari saya. But i have to agree at some points he is a life expert(as what the character book described him), coaching, monitoring ...he is one the kind. Tambah lagi dengan pengalamannya bekerja dengan pelbagai jenis bangsa maju dunia, saya akui pemerhatian beliau lebih daripada orang biasa yang tiada pendedahan dunia luar.

Pada saya pula, tidak mudah berdiskusi dengan orang pandai dan banyak pengalaman, nak tak nak saya lengkapkan diri dengan ilmu teori buku2 parenting, psikologi..etc, hanya untuk cari keserasaian antara teori dan praktis di luar sana. Dari situ kami lukis plan kami sendiri, berbekalkan dua kepala kami dan satu tujuan untuk melihat anak-anak ini menjadi global....Panjangnya, huhu


4-Jannah Md Khalil Suami sy seorg y penyayang..rasional n tegas.sy mmg dr zaman remaja xpndai amik hati kanak2..sehingga dah ade 3 org cahayamata..still xreti amik hati anak..suami mmg pndai main psikologi ngan anak2..kalo sy give up ngan anak2..sy call suami bg dia cakap ngan anak2.tugas sy..sejak dlm perut..bnykkn amalan spt khatam alquran..lahirkn anak..susukn anak..n lain2 y simple..skrg anak2 sy faham...ngan ayah y penyayang n tegas..ngan maknye y garang n sayang y xpndai ditonjolkn. Jannah Md Khalil Ibu..macam mane nk lahirkn/tunjukkn/tonjolkn kasih sayang pd anak2?? Sy xreti la ibu...adakah sbb sy ni over garang..ssh nk cakap lembut2 sopan ngan anak../adakah mgkn asbab sifat xmesra ngan kanak2 sejak remaja terbina dlm diri

5-  SHazwani Yuhanis Respect and cooperate! Saya dianugerahkan 3org cahayamata. Pertama girl 4y, ke2 boy 2y dan yg bongsu girl 5m.Saya dan suami sentiasa memberi peranan masing2.Bila dia sdg didik anak2 saya memerhati dan begitu juga sebaliknya. Bila saya sdg menguruskan anak perempuan dia akan menguruskan anak lelaki. Kami cuba sebaiknya utk saling bekerjasama walaupun ada juga hari2 yg 'mendung' seperti saya atau suami marah yg x terkawal, ketika itu saya atau suami akan tukar peranan hingga kami sejuk baru kami akan peluk anak2 dan jelaskan knp dan punca kami marah. Di sini pun saya galakkan anak2 bersuara. Knp dia buat perangai dan apa perasaan dia bila abah ibu marah? Tetapi anak tetap anak saya sentiasa mohon dari Allah kesabaran dan kewarasan ketika berhadapan dgn ragam anak2.

6- Fair Mofadzs Make it interesting, be proactive to proceed what most preferreable, see progress of individual / buat lebih menarik, jadi proaktif untuk memulakan pilihan yg lebih disukai, tgk peningkatan, buat perubah positif, contoh bila bersiar berhenti untuk bersolat di masjid, then show some appreciation on the masjid, like look look its so beautiful. Then kids learn to express, spread love, show gratefulness, share happiness...by action.

7- Hazwani Yuhanis Utk pengetahuan Ibu, Ibu saya inform saya ni keras hati dan MIL inform suami saya keras kepala...tapi syukur kami akui kelemahan kami dan dgn cara ini kami boleh berbincang dan bertukar pendapat bagaimana utk mendidik anak2.

Prof. Dr. Rozieta Shaary I am feeling so blessed by your sharing, all of you. Yang lain please add your comment. Kita belajar from each other.

Perhatian:
BAGI YANG MENDAPATI PERKONGSIAN INI BERMAKNA DAN BERMANFAAT, 
ANDA BOLEHLAH MELAWAT DAN 'LIKE' PAGE IBU ROSE INI  - Ke Facebook Ibu Rose 

No comments:

Post a Comment