Part 1
Bagaimana jika anda mengandungkan anak yang kedua dan ketiga dan seterusnya, apakah persediaan yang perlu anda lakukan?
Bagi kebanyakan suami-isteri, mereka bersedia untuk mendapat cahaya
mata yang pertama. Begitu juga dengan datuk dan nenek. Namun,untuk anak
yang kedua dan seterusnya, tidak ramai yang memikirkan dan membuat
persiapan bagi si kakak atau abang yang bakal mendapat adik.Lantaran,
terjadikan isu cemburu dengan adik. memukul adik, tak sayang adik,
mengamuk, terkencing di dalam seluar atau semasa tidur dan sebagainya.
Part 2
Bila anda mengandung kedua, anda perlu membuat menyediakan anak sulong
anda dari segi emosinya. Perlu banyak diberitahu bahawa adik yang bakal
lahir ini akan kasih kepada dia dan dia kepada adik itu.
Ibu bapa perlu bijak memprogramkan perkara ini ke minda anak sulong anda. Ya, walaupun dia masih kecil.
Part 3
Bila adik baru lahir dan anda juga sedang adjust diri untuk memberi
attention kepada kedua-dua anak-anak anda, anda mungkin akan mengalami
keadaan rasa abang atau kakak itu jealous dan berperangai kurang baik.
Anda perlu banyak bersabar. Bersabar dgn diri anda yang sedang belajar
memberi perhatian kepada lebih daripada seorang dan mahu berlaku adil. Bersabar dengan anak sulung yang sedang tidak faham apakah perasaan yang sedang melandanya.
Jika anajk sulung itu baru 3 tahun ke bawah, maka dia akan nampak
ketara cemburunya. Contohnya, jika anda mendukung adiknya, dia mungkin
akan mintak dukung dia. Bagi yang 3 tahun keatas, mereka akan
menunjukkan tidak puas hatinya dengan cara meragam, kembali kencing di
dalam seluar dan sepertinya.
Part 4
ANAK KECIL BARU BERADIK...MACAM MANA NAK HANDLE RAGAMNYA?
Ini cerita cucu ibu Az-Zahraa, 4 tahun. Alhamdulillah baru-baru ini dia
mendapat seorang adik setelah 4 tahun menjadi anak tunggal. Sememangnya
dia tertunggu-tunggukan adiknya. Semasa di dalam perut lagi dia telah
berembang-sembang dengan adiknya. Sayangnya akan adiknya memang ketara.
Bila
adiknya lahir dan dibawa pulang ke rumah, seronoknya Az-Zahraa. Mencium
adik tidak berhenti dan akan menolong mamanya untuk menjaga adiknya.
Dia akan buat itu dan ini dan tidak langsung akan menyusahkan mamanya.
Namun, anak kecil yang sebegini yang telah disediakan dirinya untuk menerima seorang adik pun boleh terganggu emosinya.
Az-Zahraa, pada hari keempat setelah adiknya dilahir, dia masuk ke
dalam bilik ibu dan mula membaling-baling barang. Dia menunjuk emosi
frustration and anger di hadapan ibu. Ibu lalu bertanya," Are you angry
with someone?" Dia tidak menjawab. Ibu cuba nak peluk dia, dia terus
lari. Akhirnya ibu berkata kepadanya, " Oh dear, you have so much anger
and frustration and it is not good for you. Let us use this pillow to
let you punch it. So that you can bring out the bad energy.,," dia
bersetuju dan mula tumbuk bantal saya macam orang bertinju tu. lebih
kurang 5 minit lepas tu, dia berhenti dan nampak puas.
Ibu pun
peluk dia dan beritahu kepada dia yang dia seorang kakak yang sangat
sabar. Dia pandai mengawal emosinya dan tidak melepaskan geramnya kepada
adiknya yang kecil. Kemudian ibu ulang lag kata-kata yang dia adalah
seorang kakak yang baik dan bertanggung-jawab. Kerana ibu sedang
memprogramkan belief itu ke dalam dirinya.
Apa yang ibu hendak
berkongsikan di sini ialah; setiap anak yang masih kecil atau sudah
besar sedikit akan terganggu emosinya bila mendapat adik. Oleh itu
jangan cepat marah kepada dia jika dia mula buat perangai. Fahami, sabar
dan beri ruang untuk dia boleh mengeluarkan frustration nya.
Jangan menidakkan (invalid) perasaannya itu. Seperti Az-Zahraa tadi,
saya tidak invalid perasaan frustration nya itu. Saya acknowledge that
it is okay to feel that way. What she needs to know is how to handle it
better.
Part 5
MEMAHAMI RESAHAN HATI SI KAKAK ATAU ABANG YANG BARU BERADIK...
Seorang anak yang selama ini adalah anak 'bongsu' mendapat perhatian
sepenuhnya dari ibu bapa. Apabila ibu bapa menyediakannya untuk menerima
seorang adik, dia gembira dengan kehadhiran adiknya. Pada masa yang
sama, kehadhiran adik bererti perhatian ibu bapa terhadapnya sudah
kurang.
Ini menimbulkan
perasaan tidak selesa, marah, iri hati, sedih dan pelbagai perasaan
lagi. Bagi seorang anak yang memang gembira dengan adiknya, dia rasa
keliru dengan perasaan-perasaan yang bercelaru ini. Oleh kerana, dia
sayangkan adik tetapi kenapa ada perasaan-perasaan lain ini?
Ini akan menimbulkan perbuatan yang tidak menentu. Sekiranya ibu bapa
memarahi tindakannya atau meremehkan perasaannya, ianya akan menambahkan
lagi kekeliruannya. Ini mungkin akan penimbulkan
kepercayaan-kepercayaan yang tidak sihat di dalam dirinya seperti "Aku
kakak yang tak baik atau mak dan ayah tak sayangkan abang atau adik
jahat curi mama dari kakak".
Ibu bapa mesti ambil peranan untuk
mendengar rintihan hati si kakak atau abang, mengizinkan dia merasai
apa jua perasaan yang dia lalui tanpa menyalahkannya. Ulangkan kata-kata
baik seperti "Kakak rajin tolong mama atau abang baik sayangkan adik
atau kakak contoh yang baik kepada adik". Ini akan membina keyakinan
diri yang positif di dalam dirinya.
Ingatlah, walaupun anak itu sudah menjadi abang / kakak sekarang, DIA MASIH LAGI KANAK-KANAK!
Part 6
Apabila anda mendapat anak yang kedua, anda sebenarnya sedang belajar
untuk memberikan perhatian lebih daripada seorang. It will be easier
when you as husband and wife work together as a team.
Bila mama sibuk dgn adik, papa berilah perhatian kepada abang atau kakak.
Anda boleh ajak abang atau kakak untuk sama-sama involeve dalam menyediakan susu, atau utk mandi dan sebagainya.
Elakkan mengenepikan anak sulung anda. Sering ucapkan that he is loved and he is responsible etc.
Jika anda tidur sebilik, anda perlu juga faham anak sulung anda juga
mungkin terganggu tidurnya kerana adiknya menangis atau bangun malam.
Oleh itu, mungkin dia akan menjadi cranky atau letih, oleh itu beri dia
rehat yang cukup.
Bila kita menjaga perasaan anak sulung dan
anak baru kita semasa awal-awal ini, maka anda akan mendapati anak anda
tidak akan selalu berkelahi bila mereka sudah besar sedikit. Si abang
atau kakak akan lebih tenang dan mudah mengalah dan menunjukkan kasih
sayang kepada adik dan memimpin adik dengan rasa kasih sayang dan
bertanggung-jawab.
Kenapa, sebab dia sudah faham yang dia sangat di kasihi walaupun dia sudah beradik.
Teladan yang anda tunjuk akan membuat si sulung bijak memberi
kasih-sayang kepada adik yang kedua pula. Kerana keadilan yang anda
tunjukkan akan dia warisi.
No comments:
Post a Comment