Tuesday 11 June 2013

PARENTING BIJAK - Pengenalan Day 1- 11 Jun '13

Pengenalan
Berapa diantara anda mahukan anak-anak anda berjaya dunia dan akhirat? Berapa diantara anda mahu menjadi ibu bapa yang berjaya? Berapa pula mahukan hidup yang sejahtera?

Jika semua jawapan adalah ya, maka anda sedang mengikut seminar yang betul. 
Tahniah! Tepuk dada kiri anda dan katakan, 'Saya Ibu / Bapa Bijak!

Part 2 TUJUAN PARENTING IALAH UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK MENJADI MANUSIA YANG HEBAT SEBAGAIMANA MEREKA PATUT JADI.

Oleh itu Parenting memerlukan kita memimpin anak-anak dengan baik. Jika kepimpinan kita rapuh dan tiada matlamat, maka yang menurut kita juga tidak tahu ke mana hendak pergi.

Oleh itu perlu untuk ibu dan bapa berbincang ke mana arah tuju parenting mereka. Ini bukan boleh diambil mudah saja atau ikut sahaja. Ibu bapa perlu merancang, berbincang dan mengambil kata sepakat. Mengenai apa?

- Mengenai hala tuju family anda.
- Corak parenting

Adakah anda telah berbincang dengan pasangan anda? Jika sudah tahniah. Jika belum, maka ambil masa malam ini, jangan tangguh lagi, terus berbincang dengan baik akan dua perkara di atas.


Part 3
Parenting adalah deliberate. Maksudnya disengajakan. 
Bukan cuba-cuba dan pakai taram. Oleh itu, Kita perlu ada kemahiran di dalam keibubapaan.
Kemahiran terdiri daripada 3 komponen.


Sikap, Skil dan Ilmu
 
Sikap kita terhadap parenting dan anak-anak mesti jelas.
Sikap yang disarankan bagi Parenting ialah:
Ianya suatu amanah yang perlu dilaksanakan dengan baik. Bersyukur dengan amanah ini.
Sikap terhadap anak-anak. Anak-anak adalah anugerah yang diamanahkan. Setiap anak mempunyai keistimewaan mereka. Mereka mempunyai misi tersendiri untuk dipenuhi dan sebagai ibu bapa adalah tugas kita membantu mereka memenuhi atau menyediakan mereka untuk misi mereka.

Jangan menganggap anak-anak adalah masalah. Walaupun sememangnya mereka mendatangkan banyak cabaran. Namun cabaran itu adalah untuk membentuk kita untuk menjadi manusia yang lebih hebat.

Contohnnya, Jika anak-anak terlalu aktif, maka ia memerlukan kesabaran, kreativiti dan kebijaksanaan untuk menangani anak sedemikian. Maka pertingkatlah diri untuk menjadi sedemikian.

Mendidik anak adalah cara Allah mengajar kita menjadi lebih sabar, lebih berserah dan lebih menerima dengan penuh kesyukuran tanpa mematikan semangat untuk menjadi lebih hebat.

Kerana pada anak-anak kita itu terletak kunci yang bernama KASIH SAYANG TANPA SYARAT.

Sekarang tuliskan janji anda kepada diri anda, anda boleh kongsikan di bawah ini atau untuk di simpan sendiri. Jika berkongsi lagi baik, kawan-kawan boleh mengAmeenkan.


Part 4

Skil yang diperlukan di dalam parenting adalah sangat banyak. 
Namun, kita boleh kumpulkan memjadi 3 C Ajaib
MAGIC FORMULA 3 C:

C - Communication

C- Coaching

C- Connect / Build relationship

Di dalam berkomunikasi dengan anak-anak, ingat satu perkara, lakukan dengan hormat. Anak bukan kita punya barang. It is not our possession. Yang senantiasa perlu ikut membuta tuli arahan kita, Kita perlu berkomunikasi dengan hormat terhadap anak kita.

Kata Kunci - Hormat.

Coaching - Kata kuncinya, we set the right example. Coach supaya kita boleh membawa kehadapan kehebatan diri anak kita.

Connect - Membina pertalian yang rapat perlu diberi keutamaan di dalam membesarkan anak-anak kita. Bila kita mempunyai pertalian yang rapat dan rapport yang baik dengan anak dan dibina sejak kecil, bila mereka remaja dan dewasa, ini semua menjadi lebih mudah. Mereka mudah dinasihatkan dan dibentuk.
Kata kuncinya di sini : YOU ARE IMPORTANT TO ME - I LOVE YOU!

Send a prayer to your kids and whisper to them by calling their name:
DANNY, MAMA LOVES YOU! Feel it an dlet your heart basking with the beautiful feeling of love.


Part 5
ILMU - Apakah ilmu yang diperlukan. Wow, banyak sangat sehingga tak terkira. Itulah yang sedang kita lakukan sekarang bukan. Kita sedang berkongsi ilmu. Untuk membuka tirai perkongsian ilmu, ibu ingin bertanya, apakah perkara yang paling anda hendak tahu di dalam mendidik anak-anak.
 

Soalan & Jawapan

Mulai malam ini sampai malam esok, ibu akan usahakan menjawab sebanyak mungkin soalan-soalan yang ditanya pada Day 1 Part 5. Jika soalan anda tidak dijawab itu bermaksud, soalan anda agak sama dgn soalan lain yang telah dijawab. Jika tidak berpuas hati boleh bertanya lagi.

Jangan berputus asa bertanya ya : )

1) Aidairyanti My-Bagaimana hendak mencurahkan kasih sayang pada anak-anak?

Dengan pertamanya mengasihi diri anda. Bila anda mengasihi diri anda, anda boleh memberi kasih sayang yang tulen kepada anak-anak anda.

Kedua, perhatikan apakah perkara yang menyebabkan anak anda merasakan dia anda sayangi. Contohnya, dia nampak puas hati bila menerima pelukan anda. Itu bermaksud anak itu sukakan belaian fizikal.

Setiap seorang memahami kasih sayang berbeza dgn orang lain. Ada 5 bahasa kasih sayang
-gift
-Act of service
-Quality time
-physical touch
-words of affirmation

2) Suriyana Shahrudin-komunikasi, terutama anak2 berusia 7-15 tahun
Ibu akan jawab bila sampai perbincangan mengenai remaja. Sabar ya. : )

3)-Zalina Slamat Bagaimana nak mendidik anak agar taat?
Perrtama, kita perlu lihat juga apa yang kita minta itu adakah memerlukan ketaatan atau memerlukan kerjasama. Corak mengarah dan mengawal untuk ditaati dan dipatuhi tidak lagi sesuai dengan keibubapaan zaman ini. Kepimpinan kita perlulah menghala kepada mendapat kerjasama anak-anak. Kita perlu bijak mempengaruhi mereka. Bukan sekadar suruh mereka taat.
Contohnya, tidak cukup kita sekadar suruh mereka solat. Kita perlu suka solat dan mengajak mereka dan bercerita mengenai bagusnya solat.

4) Sal سالينا صفر Ibu setiap anak ada kaedah tersendiri dalam mendidiknya. Ini khusus untuk ibu yg mempunyai anak ramai seperti saya. Bagaimana untuk avoid seorang ibu dari pilih kasih secara tidak kita sedar?

Pertama, sering mengatakan dan meniatkan bahawa anda adalah seorang ibu yang berlaku adil.

Kadang-kadang tanpa niat kita akan lebih kepada anak-anak yang sesuai dengan personaliti kita atau cara kita berfikir. Itu bukan bermaksud pilih kasih. Itu cuma kita berasa lebih mudah berkomunikasi.

Selagi secara yang fizikalnya kita beri sama rata, apa yang di dalam hati, janganlah dipersoalkan. Jika anda berasa anda tidak berlaku adil, perbaiki apa yang tidak adil. Sekira ianya hanya perasaan was-was, maka beristigfar kerana syaitan sedang cuba mempengaruhi anda.

5) Zubaiti Zubir - Cara terbaik utk tenangkan diri semasa berdepan dgn anak yg sedang menangis, memberontak, menjerit semata2 mahu kita ikut kehendak dia shj. Boleh nail marah dibuatnya.

Pertama, Jauhkan diri sebentar dari anak itu jika boleh. Jika berdiri, duduk. Basuh muka. Banyakkan menarik nafas sambil beristigfar. Ingatkan diri bahawa anak ini mengamuk tentu ada sebabnya. Lihat dia dengan perasaan belas kerana ada sesuatu yang menyebabkan dia merasai dia tidak dikasihi.
Bacakan Auduzubillah, minta perlindungan daripada Allah. Jika anak itu di bawah 2 tahun, tiup mukanya. Bawa dia dekat air dan buka paip air supaya dia mendengar bunyi air itu. Ambil air itu dan perlahan-lahan basuh mukanya.

Syaitan dibuat dpd api. Api dipadamkan oleh air. Ingat syaitan menggunakan anak anda sebagai umpan utk anda menjadi marah tidak menentu. Banyak beristifar dan minta dilindungkan daripada syaitan.

Ibu telah banyak menulis panjang lebar mengenai perkara ini. Sila lihat NOTES ibu. Anda akan dapat banyak penulsian ibu mengenai perkara ini. Di bawah gambar timeline ibu ada Notes. Klik di situ.


6) Ismail September Saya yakin dgn membina imej diri yang betul untuk anak-anak bermula daripada hari membuat keputusan untuk mencari pasangan hidup. Bagaimana jika seseorg itu tersalah perhitungan mencari pasangan hidup?.Prof di sini mengatakan 'kecuali anda melakukan sesuatu untuk menyamakan nilai hidup pasangan anda dengan anda'.Boleh Prof jelaskan lebih lanjut...
Boleh, maksudnya bila anda telah sedar jurang perbezaan corak berfikir, nilai hidup dan prinsip hidup ini sangat besar, maka perlu diusahakan untuk mencari persamaan. Perbezaan corak berfikir akan menyebabkan banyak perbalahan yang tidak perlu. Contoh, si suami mahu anak dididik cara keras supaya dia jadi anak yang patuh, taat dan hormat orang tua. Dia langsung tidak berusaha untuk meningkatkan ilmu keibubapaan kerana baginya itu tidak penting. Itu kerja orang perempuan.

Si isteri pula berpegangan bahawa cara mendidik anak perlu dengan ilmu. Anak tidak boleh dimarah, maki ikut sesuka hati. Maka ini akan mengelirukan sianak. Ayah kata A, mak kata B. Lalu anak pergi join kawan-kawan yang senasib dan jadi masalah kepada keluarga.

Kecuali anda melakukan sesuatu untuk menyamakan nilai hidup pasangan anda dengan anda' bermaksud, kena usahakan agar mencapai kesefahaman. Jika tidak boleh capai juga, maka perlu juga capai sampai dapat.

7) Anie Alja  "Terdapat kuasa dalam diri kamu. Jika kamu menjumpainya dan menggunakannya, akan menjadikan kamu orang yang kamu impikan dan angan-angankan."
-Orison Swett Marden-

Apakah cara terbaik mencari kuasa yang ada dalam diri anak-anak? Dalam suasana sistem pendidikan yang terlalu memfokuskan pada kelebihan otak kiri, dimanakah saluran terbaik bagi anak yang didominasi otak kanan? Sebagai ibu yang faham akan kecenderungan otak individu, sedaya mungkin saya cuba mengimbangkan penggunaannya tetapi sokongan daripada sekolah tidak memberangsangkan. Bagaimana cara terbaik untuk saya kembangkan potensi anak-anak begini?

Sekolah memang lebih merangsang otak kiri. Menyedari akan hal ini and as an informed mother, you may do activiti yang boleh merangsangkan otak kanan di rumah. Contoh, you can have drawing, acting, baking and all right brain activity di rumah. If you have pre-teens and teenager and they are girls, you can have make-up session.
You can also ask them to do a lot of creative work. Teach them to focus on one things (left brain) and expand it holistically as they are seeing something. Like imagining looking at one flower and rise up as seeing the whole taman. This you can do as games to exercise their brain to think sequencially and one at a time and thinking holistically.
You can also do a simple Brain Gym if you are familiar with the dance.

In school, you can encourage you kids to make notes in pictures and using colors.
At home, you can play baroque music as background as your children, teenagers doing their homework or studying. The baroque music keeps the right side of your child’s brain active.


MENJAWAB SOALAN part 3

1-Shuhaida Baharum - Sy tinggal skali dgn mak sy.tp dlm ms yg sm sy xmahu mak sy th kelakuan yg kurg baik ank sy krn ia akn diceritakn kpd jiran or adik bradik yg lain.ini blh mnjatuhkn maruah ank sy dn sy sbg ububapa.jd kdg2 sy terpksa menangguhkn sbrg perbncgn or hukumn kl ank buat salh dirumah..even kl sy nk menegur kesalahn ank dlm bilik pn, mak sy akn sibuk2 nk dgr.so kdg2 sy terpksberdiam dr bila ank2 membuat kesalahn samada kecil apath lg yg agk besar.,hrp ibu dpt bri kn tips utk sy krn dlm ms yg sm sy pn xmh kecil kn hati mak sy.

- Tahniah puan, hati puan sungguh baik dan puan prihatin terhadap perasaan ibu. Ini adalah sangat penting di dalam kita mendidik anak-anak kita. Kita mesti berkelakuan baik dengan ibu kita sendiri. Maka Allah akan memudahkan pendidikan anak-anak kita.

Untuk lebih mudah menegur, puan boleh buat semasa anak hendak tidur, sebagai satu car muhasabah diri. Puan boleh amalkan perkara ini dengan berstruktur. Contohnya, puan boleh suruh anak puan ( jika umur sesuai) untuk dia menilai balik segala apa yang dia lakukan hari itu. Puji yang bagus dan yang kurang biar dia bercerita sendiri kemudian tanya apakah langkah baik yang dia mahu lakukan untuk membetulkan kesilapan.

Atau puan buat rutin untuk keluar dengan anak setiap dua hari dan berbincang akan apa yang mereka telah buat betul dan apa yang salah dan boleh secara beterus terang membetulkan keadaan.


2-Eleona Dzuhainir Abdul Gani - Bagaimana nak melatih anak cintakan solat....especially when surrounding, cousins, uncle aunti ....and close friends all are not praying..... And that sometimes make my kid thinks prayer is such a chore. Bila dipaksa.....resulted in lying. Umur 7-8 tahun....sudah boleh terima reasoning......but even adults are not performing the prayer....inikan anak2 yg tidak dpt faham sebenar benar pengertian sembahyang. Minta bantuan / guidance pls.

Eleona, pertama puan perlu mendidik kembali anak-anak mengenai solat. Pendekatan yang hendak digunakan ialah kerana bersyukur dan kasihkan Allah bukan hanya takutkan hukuman. It is because we love Allah. Not because Allah will be angry with us if we don't. Do not introduce to kids that God is Always Angry by the don't and don't and don't in Islam.

Let them feel how wonderful it feels to pray. How the heart is calm. After they pray, sit down with them for 5 minutes and let them share how they feel. Sell the benefit of doing the solat. And if you are the one that solat, share with them how performing solat makes you feel.

When they are convince of the great feeling in performing solat, it does not matter who are in their surrounding. : )


MENJAWAB SOALAN part 4

NAUGHTY CORNER?

1-Shasha Haris Assalam Ibu. Apakah pandangn Ibu mengenai perlaksanaan Naughty Corner? Saya ada amalkan konsep naughty corner ini kepada anak-anak saya. yang mana hukuman itu mesti duduk di satu sudut dan tunggu selama beberapa minit mengikut nombor umur anak itu. Selesai time out tersebut saya akan panggil anak dan cerita pada dia kepada dia kena duduk di sudut itu dan implikasinya. Saya akan tanya dia apa dia buat, sama ada dia akan teruskan dan buat lagi atau bagaimana. kemudian, anakakan say sorry, salam saya dan saya akan peluk dia dan saya cakap saya sayang dia. Adakah ini approach yang baik atau sebaliknya? mohon pencerahan. Terima kasih Ibu.

The concept is good and I like it and have used it when my children were small. Now they are young adult and related to me that, they like it. It gave them time to reflect on their behavior and find the solution to improve.

The only thing that I am not happy is the name. Because it suggest the opposite to what we want. When we understand Suggestology as one way of teaching, we would want to capitalise on it usage to achieve the outcome that we want.

What we want is for them to think, reflect and be better. So perhaps you could name it 'A Reflection Corner' or 'Improve Corner'. Then when the child is there, the suggestion to his mind is to be better and improve. Remember the mind focus on the key word and bring into reality what is most thought. Naughty corner suggest naughtiness, so it will in the long run defy the purpose. I believe this is not what we want.
I strongly suggest just change the name but keep the concept because it is awesome. TQ Shasha.


MENJAWAB SOALAN part 5

The Rule of The Thumb

1- Kita boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk mendisiplinkan anak. Namun, pastikan cara itu berkesan dan memberi kesan positif pada jangka pendek dan panjang.

2- Pendekatan untuk mendisiplinkan anak ialah anak bukan rosak - a child is not broken. He/she make mistakes that may due to wrong understanding. So analisalah, adakah itu kesalahan yang disengajakan atau kerana tersilap faham.

3- Anak unmur 2 tahun ke bawah, nampak macam tampar adik. Dia tampar adik ke atau tak pandai lagi nak control tangan dia nak belai adik. So, jangan cepat bersangka buruk pada anak.

4-Setiap cara yang digunakan boleh membawa kesan buruk, bila titik bertolaknya salah. Jika anda bersangka anak anda memanf kurang asam, susah nak ajar dan broken, maka bila guna 'time-out corner' ke apa ke akan ada kesan buruknya kerana niat tu tak betul dan sangakaan itu terpesong. " Allah mengikut sangkaan hambaNya,"

5-Anak itu unik. Jika sesuatu itu sesuai dengan anak orang tak semesti ianya sesuai untuk anak kita. Namun, kita juga kena faham, ianya jadi tidak sesaui tidak semesti kerana anak itu unik, kemungkinan kerana kita tidak menggunakan cara itu dengan cara yang sepatutnya.
Kita kena check :-
Sikap - bagaiamana cara kita melihat parenting dan anak kita. Kita sering marah dan merasakan dia menyusahkan kita? Jika ini yang kita rasa jauh di dalam hati, maka tidak akan sama kesannya dengan seorang yang menggunakan method yang sama tetapi sikapnya terhadap anaknya, anaknya itu adalah seorang yang memang anugerah besar. Seorang yang hebat dan penuh potensi bagus. Inilah yang dimaksudkan bila Nabi mengatakan" Semuanya bermula dengan NIAT...." hadis.

Skil - tidak akan sama kesannya bagi seorang yang menggunakan skil berkomunikasi yang betul semasa menjalankan hukuman kepada anak-anaknya berbanding yang tiada skil berkomunikasi . Contoh:
Salah - Kamu budak baik TAPI kamu tipu Mama. Tapi tadi memadamkan ayat yang sebelumnya. Maka komunikasi yang sampai ialah KAMU TIPU MAMA< KAMU PENIPU!

Betul - Kamu tipu Mama TAPI Mama tahu kamu ni budak baik dan mungkin tidak berniat atau belum faham maksud dan kesan menipu..... ini memberi ruang untuk membetulkan kesilapan. Tapi digunakan untuk memadamkan kamu menipu!

Betul- Kamu ni budak baik, itu sebab bila kamu tidak bercakap benar ( yang sama erti dengan menipu) ibu tahu kamu belum faham kesan buruk perbuatan itu. Kamu boleh buang perangai itu sebab sekarang kamu faham ianya tidak baik dan kamu pula seorang anak yang baik..kamu selalu tolong mama siapkan meja makan...dsb

ILMU - tidak sama kesannya sesuatu hukuman bagi orang yang melakukannya dengan penuh kefahaman saikologi dan pembangunan diri dengan orang yang tidak. Ibu bapa zaman dahulu mungkin tidak bersekolah, namun ramai diantara mereka sangat peka memerhatikan perjalanan hidup dialam ini. Itu sebab keibubapaan mereka lebih berkesan walaupun mereka tiada sijil saikologi. Dalam masa yang sama zaman itu juga kurang mencabar cabarannya berbanding sekarang, yakni dari segi sofistikatednya.

Oleh itu mari kita teruskan Seminar kita dengan menguasai ilmu, skil dan sikap yang betul untuk mendidik anak-anak anugerah Allah ini. Kita berusaha yang terbaik ya : )

Bagi soalan yang ibu belum sempat jawab, jangan sedih, ibu kompil semua soalan itu dan akan menggunakan soalan-soalan itu untuk posting-posting ibu akan datang. So ibu sangat-sangat berterima kasih dengan soalan-saolan anda.

Esok kita akan berbincang topik MEMILIH PASANGAN HIDUP -
Go to Day 2


Part 6

Ibu bapa pada hari ini perlu menyemai kasih dan sayang di hati anak-anak mereka. Ada antara cabaran ibu bapa hari ini tidak terfikir oleh generasi sebelumnya. Lebih banyak masalah dan cabaran yang kita tidak tahu jalan penyelesaiannya akan timbul. Walau bagaimanapun, dengan kekuatan minda dan jiwa, anak-anak kita dan generasi akan datang dapat mengatasi segala cabaran yang mendatang.

"Kita mahu anak-anak kita mempunyai personaliti perkasa". Yang bermaksud, mereka mempunyai kewibawaan, jiwa yang kental, kasih yang kuat dan kemahuan untuk berjasa dan menabur jasa kepada agama, ibu bapa, bangsa, negara dan dunia.

Untuk mencapai matlamat ini, mereka mesti mempunyai kecergasan badan (PQ), kecerdasan fikiran (IQ), dan emosi (EQ dan SQ). Ini bermaksud mereka perlu seimbang dalam semua aspek, iaitu aspek fizikal, mental, emosi, dan spiritual. Inilah yang dikatakan sebagai seimbang dan holistik.

Itulah sebabnya tidak sesuai lagi jika kita katakan anak-anak cuma perlu dilihat dan bukan didengar. Anak yang tidak dibenarkan untuk menyuarakan pendapatnya tidak dapat menunjukkan kebolehannya berfikir. Anak-anak yang pendapatnya selalu diperkecilkan akan membesar sebagai individu yang meragui kekuatan daya fikirnya. Anak-anak inilah yang kemudiannya akan menyebabkan banyak masalah kepada keluarga dan masyarakat pada keseluruhannya, terutamanya apabila mereka menjadi ibu bapa pula.

Apakah Imej diri? Mengapakah Imej Diri Penting?

Imej diri ialah konsep yang kita miliki ke atas diri kita, iaitu bagaimana kita melihat diri kita. Kebolehan manusia mencapai kejayaan di dunia ini mempunyai banyak kaitannya dengan imej diri. Membina imej diri yang betul untuk anak-anak anda bermula daripada hari anda membuat keputusan untuk mencari pasangan hidup. Ini adalah kerana imej diri anak-anak anda sangat bergantung kepada pendidikan di bawah sedar yang berlaku di dalam rumah. Mempunyai pasangan hidup yang betul menentukan kejayaan anda dalam mencapai matlamat hidup anda. Pasangan yang tidak sesuai akan mengikat dan melumpuhkan anda.

Maksudnya, jika anda mempunyai pasangan yang mempunyai nilai hidup yang bercanggah dengan anda dan katakan nilai-nilai itu negatif, ini tentu akan mewarnai hala tuju keluarga anda, kecuali anda melakukan sesuatu untuk menyamakan nilai hidup pasangan anda dengan anda.

Imej diri sungguh penting kerana imej diri menentukan pencapaian manusia dalam hidup ini. Pada hakikatnya, imej diri ialah satu premis, satu dasar atau tapak di mana keseluruhan jati diri seseorang itu dibina. Sekiranya seseorang individu memandang dirinya sebagai individu yang bercita-cita tinggi, dia akan bersikap dan mengambil langkah-langkah yang membolehkannya mencapai cita-cita yang diimpikan. Walau bagaimanapun, sekiranya dia mempunyai imej diri yang rendah, dia cuma akan merosakkan apa-apa tindakan yang akan membawa kejayaan yang besar ke atas dirinya. Ini adalah kerana imej dirinya sekarang dan kejayaan itu tidak sealiran; tidak kiralah betapa tinggi kemahuannya dan usahanya untuk berjaya.

Jika dia tidak nampak di mindanya, dia tidak akan nampak di dunia nyatanya. Dr. Maxwell Maltz telah meletakkan kenyataan ini dengan begitu indah sekali apabila beliau berkata, “Kita bertindak, bersikap, dan berpendapat mengikut apa yang kita fikirkan tentang IMEJ DIRI KITA dan kita tidak akan melencong daripada corak itu.” Imej diri yang ada di minda kita itu – alam metafizik, ibarat acuan yang membentuk diri kita di alam nyataini.

Setiap keluarga adalah penting kerana masyarakat terdiri daripada jutaan unit keluarga. Apabila setiap keluarga itu tahu peranan yang perlu dimainkan untuk mencipta kemakmuran rakyat, rakyat akan sejahtera. Namun, jika unit-unit keluarga ini hanya tahu menegur dan hanya menunggu bantuan daripada kerajaan, tiada negara yang akan makmur jika rakyatnya mempunyai mindset seperti itu. Tanggungjawab dan kesungguhan dalam mencipta penyatuan dan keharmonian dalam setiap keluarga ialah jawapan untuk mencapai kekuatan, penyatuan, kemakmuran, dan matlamat negara.

“Untuk menghargai siapa anda, anda perlu memahami bahawa anda membawa perbezaan.”

Doa saya kepada Pencipta agar kita diberikan kekuatan dan kebijaksanaan untuk membesarkan anugerah yang amat kita sayangi, iaitu anak-anak kita. Semoga anda, para ibu bapa mendapat sokongan dan bantuan serta berasa tenang dalam menghadapi cabaran menjadi ibu bapa pada hari ini. Semoga anda akan terus melengkapkan diri dengan kemahiran keibubapaan serta pengetahuan menjadi ibu bapa yang cemerlang.

Hari ini, lakukan perkara-perkara yang berikut bersama-sama keluarga anda:

Nota Kasih Kepada Ibu bapa

Lihatlah bagaimana anak anda melihat diri mereka
Lihatlah bagaimana anda melihat diri anda
Kejayaan akan mendampingi mereka yang
Melihat diri mereka sebagai orang yang berjaya.

Segala kabus keraguan ialah pembunuh impian
Jangan sekali-kali membenarkan perkara itu menghampiri mereka.

Sebuah senyuman kemenangan di wajah yang gembira
Menerangi kegelapan di laluan usia yang pantas ini
Keluarga yang bahagia meneraju dunia yang bahagia
Dan dunia akan hanya dalam kebenaran
Apabila individu itu di dalam kebenaran.

Oleh itu besarkanlah anak-anak anda dengan
Pengetahuan dan kesyukuran supaya mereka
Akan membawa kekuatan.

Terdapat kuasa dalam diri kamu. Jika kamu menjumpainya dan menggunakannya, akan menjadikan kamu orang yang kamu impikan dan angan-angankan.
-Orison Swett Marden-

Sekarang; Kongsikan apa yang anda dapat hari ini daripada seminar ini dengan orang yang tersayang. Kongsikan juga dengan dua lagi kawan yang anda kasihi.

Jangan lupa, malam ini, ibu akan menjawab 1-3 soalan yang dipilih.
 


Perhatian:
BAGI YANG MENDAPATI PERKONGSIAN INI BERMAKNA DAN BERMANFAAT, 
ANDA BOLEHLAH MELAWAT DAN 'LIKE' PAGE IBU ROSE INI  - Ke Facebook Ibu Rose

No comments:

Post a Comment