Wednesday 19 June 2013

PARENTING BIJAK - Day 4-19 Jun '13

Part 1

Jika mahukan anak-anak yang baik & soleh. Berdoalah senantiasa dan niatkan dengan sungguh-sungguh semasa bersama. Semoga benih yang menang itu adalah yang membawa ciri-ciri itu dengan kuatnya.

Part 2

Semasa isteri mengandung jagalah perasaannya. Isteri yang mengandung dan merasai sangat dikasihi suaminya akan tenteram perasaannya dan memberi kesan baik kepada janin yang di dalam kandungannya.

Isteri yang dicalarkan emosinya semasa mengandung terutamanya, akan membawa perasaan itu dan memindahkan tenaga negatif itu ke bayi di dalam kandungannya. Inilah punca utama kenapa bayi itu bila lahir mudah menangis dan meragam. Bila sudah besar sedikit suka merajuk atau mengamuk.

Itu sebab di dalam Islam, kita disuruh menjaga perasaan ibu-ibu yang mengandung.



Part 3

Sistem Kepercayaan Dalaman - Deep Rooted belief

Terbina semasa di di dalam kandungan lagi dan pada hari kelahiran kita.

Kepercayaan diri ini memberi kesan kepada kejayaan kita. Jika ia positif maka kita akan mudah berjaya. Jika ianya negatif, itulah punca terjadinya pensabotaj diri dari berjaya.

Belief---->mindset--->Behavior-----> Result


Part 4

Sistem Kepercayaan - Belief System

Seorang kanak-kanak ketika dilahirkan, disambut dengan penuh kasih sayang dan diraikan dengan kegembiraan dan keriangan. Suami mengucup isterinya dan melimpahkan segala kasih sayang dan kesyukuran. Mereka menghargai antara satu sama lain dengan kurniaan yang baru diterima. Mereka diselimuti dengan keindahan, penuh kasih sayang, dan disimbahi dengan lautan kegembiraan dan keriangan bersama. Mereka berterima kasih atas pemberian yang indah itu dan merasakan diri mereka sungguh diberkati.

Mereka menatang bayi itu dengan segunung kasih. Dia berendam dalam melodi kasih yang indah. Apabila dia membuka mata, dia melihat wajah-wajah yang penuh dengan senyuman meraikannya. Lidahnya menyentuh susuan ibunya dan suatu rasa manis yang enak dikecapi di lidahnya. Wangian yang mempesonakan dari tubuh ibu bapanya memberinya rasa selamat dan tenang. Dia mendengar suatu suara yang indah, iaitu suara bapanya yang sering mendodoikannya untuk tidur ketika dia masih berada di dalam rahim ibunya lagi.

Perasaan dikasihi, doa dimakbulkan, dan yang diimpikan meresap dalam tubuh kecilnya lalu menyelimuti seluruh tubuhnya seperti selimut yang tebal melindungi dan memanaskannya. Manis dan indahnya dunia ini menyambut kedatangannya. Satu kepercayaan tertanam di mindanya, “Saya dikasihi”, dan saya rasa kemanisannya. Dunia ini sungguh indah untuk didiami.


Part 5

Seorang lagi bayi dilahirkan. Ibunya keseorangan, menjerit, dan bersabung nyawa sewaktu melahirkannya. Ia sungguh menyakitkan. Perjalanannya sungguh payah dan memenatkan. Dia kehairanan; mengapakah dia perlu melaluinya? Walau apa sekalipun dia tahu, dia mesti melaluinya. Dia tidak mempunyai pilihan. Walau bagaimanapun, tiada sesiapa di sana untuk memegang tangannya. Dia dilahirkan, tetapi tiada tangan yang menyambutnya. Malah, dia ditinggalkan tanpa berteman dan dibiarkan kesejukan dan kesakitan keseorangan. Dia mendengar ibunya menangis teresak-esak, namun dia tidak dapat melihat wajah ibunya. Ada sesuatu di muka kecilnya, mungkinkah sehelai kain? Dan suara esakan ibunya itu semakin sayup kedengaran dan kemudiannya terus menghilang.

Dia sedar tiada sesiapa di sampingnya walaupun ibunya sendiri. Kain yang menyelimuti mukanya membuatkan dirinya sukar bernafas dan dia tercungap-cungap. Sungguhpun dia diselimuti dengan kain yang sedemikian, kesejukan lantai itu mula menyakitinya dan menusuk ke tubuh kecilnya. Dia mencuba dengan sedaya upaya untuk bergerak. Namun begitu, dia tidak boleh mengawal tubuhnya. Dia mula tertanya-tanya dan perasaan cemas menjalar di fikiran kecilnya, “Mengapakah saya ditinggalkan keseorangan? Mengapakah tiada sesiapun di sini?”

Perasaan marah, sedih, takut, dan bersalah menyelinap dan menular ke seluruh tubuh kecilnya, satu demi satu, bertalu-talu. Perasaan tidak dihargai dan tidak disayangi bertapak dan meliputi seluruh hatinya. Dunia yang menyambutnya atau mungkin boleh kita katakan tidak ‘menyambutnya’ ialah dunia yang penuh dengan kegelapan dan kesakitan.

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana mungkin suasana seseorang itu lahir ke dunia ini akan memberikan kesan terhadap keseluruhan hidupnya. Bagi seseorang, gambaran pertama terhadap sesuatu perkara adalah sangat penting dan dalam banyak situasi gambaran pertama ini akan berkekalan. Mari kita lihat pada sudut pandangan sistem neurologi manusia. Apabila sesuatu perkara seumpama ini terjadi, manusia akan membentuk tanggapannya. Daripada tanggapan ini dan seterusnya, itulah pandangannya kepada dunia ini. Ia menjadi model dalam fikirannya terhadap dunia ini.
 


Part 6

Gunakanlah masa mengandung ini untuk memprogramkan bayi anda agar dia mempunyai sistem kepercayaan yang positif. Contohnya untuk dia mempunyai ketabahan, kesabaran, baik budi pekerti dan apa yang anda hajati. Katakan dan doakan dia dengan kata-kata yang positif. Contoh, " Anak Mama pengasih orangnya".
 
SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB Day 4 Part 6

Gunakanlah masa mengandung ini untuk memprogramkan bayi anda agar dia mempunyai sistem kepercayaan yang positif. Contohnya untuk dia mempunyai ketabahan, kesabaran, baik budi pekerti dan apa yang anda hajati. Katakan dan doakan dia dengan kata-kata yang positif. Contoh, " Anak Mama pengasih orangnya".

Anda boleh melakukan ini dengan membanyakkan amalan baik dan soleh. Bacalah surah-surah dan doa-doa yang baik untuk diamalkan semasa mengandung. Ibu suka membaca surah Maryam dan membanyakkan doa 'Allahuma yasir wala tuasir". Jika anda ada amalan doa yang lain boleh share di sini untuk kepentingan ramai.

Suami yang mengusap perut isteri sambil berdoakan anak yang di dalam kandungan dan menjaga hati isterinya yang sedang hamil, sebenarnya membina dua pertalian yang sangat rapat, dengan isteri dan anak yang di dalam kandungan. Tahniah dan syabas kepada para suami yang melakukan sedemikian.Anda boleh melakukan ini dengan membanyakkan amalan baik dan soleh. Bacalah surah-surah dan doa-doa yang baik untuk diamalkan semasa mengandung. Ibu suka membaca surah Maryam dan membanyakkan doa 'Allahuma yasir wala tuasir". Jika anda ada amalan doa yang lain boleh share di sini untuk kepentingan ramai.

Suami yang mengusap perut isteri sambil berdoakan anak yang di dalam kandungan dan menjaga hati isterinya yang sedang hamil, sebenarnya membina dua pertalian yang sangat rapat, dengan isteri dan anak yang di dalam kandungan. Tahniah dan syabas kepada para suami yang melakukan sedemikian.
 

No comments:

Post a Comment