Wednesday 12 June 2013

HADIAH YANG PALING BERNILAI untuk anak-anak yang BERJAYA!




Keputusan UPSR baru sahaja diumumkan. Tahniah kepada yang telah meraih kejayaan yang diidamkan! Bagi yang tidak, teruskan usaha dan elakkan berasa tidak berjaya. Usaha dan usaha dengan bijak lagi. Ubah cara dan ubah tanggapan diri kepada yang lebih positif.

Di dalam kita bergembira atau berduka menerima keputusan UPSR anak-anak, ingatlah suatu perkara. Mereka bukan trophy kita. Jangan jadikan anak-anak trophy untuk dibangga-banggakan. Jika dia berjaya meraih keputusan cemerlang nyatakan kegembiraan dan penghargaan anda kepadanya. Rai dengan bersederhana. Boleh mengucap terima kasih kerana dia berusaha menjadi contoh yang baik untuk dunia. Apa yang tidak perlu dilakukan ialah menjajanya dan mencanangnya ke seluruh tempat. Mungkin ada ibu bapa yang menyangka ini akan menjadi anak itu bangga. Tetapi sebenarnya ini memberi kesan tekanan kepada anak itu juga. Railah kejayaan mereka dan railah dengan bersederhana.Sekadar untuk anak tahu anak gembira dengan usaha mereka bukan sehingga menimbulkan tanda tanya di hati mereka "bagaimana jika aku tidak berjaya adakah aku cukup untuk ibu bapaku?"

Jika anak anda tidak berjaya meraih kejayaan yang diidamkan, duduk dengan dia sebentar. Ambil masa untuk bersamanya. Biar dia yakin akan kasih-sayang anda. Apa yang penting bangunkan semangatnya agar dia bersemangat untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang nanti. Ajak dia melihat apa yang boleh dipelajari daripada 'kegagalan' itu. Jangan mengutuk atau memberi dia merasakan anda amat kecewa dengannya sehinggakan memati semangatnya. Bijaklah dalam membetulkan sikapnya.

Anak-anak perlu tahu juga bahawa ibu bapa mereka TIDAK berhutang apa-apa dengan mereka sekiranya mereka meraih A. Ibu bapa TIDAK perlu memberi hadiah kerana anak telah berjaya. Apa yang lebih elok ialah anak-anak menyedari bahawa adalah lebih mulia untuk mereka berterima kasih kepada ibu bapa dan guru kerana tunjuk ajar yang diberi.



Jika mahu menghadiahkan anak-anak dengan hadiah tanda penghargaan, BOLEH. Namun, buatlah beberapa minggu setelah keputusan diumumkan dan jangan berjanji terawal, contohnya, kalau dapat A, ayah akan beri RM100 untuk setiap A contohnya. Biar dia merasakan keseronokkan meraih kejayaan itu tanpa gangguan tanda harga pada hadiah yang diberi.Kerana RM100 itu mungkin dia rasa banyak sekarang, namun bila dia sudah besar, RM100 itu nilainya tidaklah banyak sangat, maka ini akan backfire niat kita untuk memberi semangat kepadanya. 'Dia akan terfikir, itu sahajakah nilai kejayaanku?'


Maksud ibu, bila ibu bapa menjanjikan dan memberi nilaian wang, contohnya RM100 untuk setiap A. Ini sebenarnya menyebabkan anak itu merasai;

1- Ibu bapa perlu memberi mereka hadiah kerana mereka melakukan kebaikan untuk diri mereka. Sedangkan melakukan kebaikan utk diri mereka atau orang lain adalah akhlak yang memang patut mereka punyai dan tidak perlu di bodek atau diumpan untuk melakukannya.

2- Bila kita menyamakan pencapaian kejayaan itu dengan mata wang atau hadiah yang besar nilainya, maka anak itu akan menilai kejayaannya hanya sekadar tag harga pada hadiah itu. Sedangkan nilai kejayaan adalah sangat besar dan priceless.Kemanisan meraih kejayaan itu yang ingin kita beri anak-anak kita merasakannya. Hadiah dari kita hanya untuk memberitahu mereka kita tumpang gembira dan suka melihat dia berjaya.

3-Kita juga mahu memberi anak-anak faham, bahawa kita menghargai titik peluh dan usahanya. Maka, berilah penghargaan kepada usahanya walaupun dia tidak meraih kejayaan yang besar namun, lihat juga pada usahanya. Ini membolehkan semangat untuk terus berjaya wujud didalam diri anak. Lakukan bersederhana juga.

Mengapa ibu amat bersungguh dalam bab ini, ini adalah kerana ibu telah nampak kesan memberi hadiah berlebihan kepada anak-anak bila mereka berjaya di dalam peperiksaan, atau berpuasa atau sepertinya. Perkara ini mewujudkan suatu sikap Entitlement yang tidak sihat dan terbawa-bawa kebesar.  Sedangkan itu bukan matlamat asal ibu bapa. Ibu tahu ibu bapa sebenarnya mahu memberi semangat kepada anak-anak merekanuntuk berusaha . Oleh itu buatlah dengan bijak. Jangak bodek atau pancing anak untuk berusaha demi kejayaan mereka. Mereka perlu ada kemahuan itu sendiri dengan kita memberi semangat tanpa mengunakan hadiah berharga as the carrot. 

Perhatian:
BAGI YANG MENDAPATI PERKONGSIAN INI BERMAKNA DAN BERMANFAAT, 
ANDA BOLEHLAH MELAWAT DAN 'LIKE' PAGE IBU ROSE INI  - Ke Facebook Ibu Rose

No comments:

Post a Comment