PART 1
Salam Sejahtera, Syukur kerana dapat berjumpa kembali.
Bercakap mengenai anak berusia 3 tahun, ini adalah usia dimana anak
mula mengambil identiti diri serta mula belajar bergaul dan menajamkan
skil interpersonalnya.
Jika anak itu telah dibiasakan bermain
dengan kanak-kanak lain, pada usia ini, mereka sudah boleh bermain
bersama-sama dengan rakan sebaya mereka.
PART 2
Kebanyakan anak pada usia ini sudah boleh membuat ayat yang panjang.
Kepetahan mereka bercakap dan bertanya adalah sebenarnya suatu yang
perlu dihargai. Jika anak terlalu banyak bertanya, janganlah marah atau
suruh anak diam. Dengarkan ceritanya. Jika anda sedang sibuk, anda boleh
meminta dia bercerita sekejap lagi sebab anda hendak mendengar semua ceritanya.
Ada ibu bapa yang selalu memarahi anak-anak mereka bila bertanya.
Janganlah menjadi ibu bapa yang sedemikian. Masa seperti ini tidak akan
berlaku lagi. This is once in a life time ; )
Ingatkan kembali, apakah soalan-soalan mereka yang sangat melucukan.
Bagi ibu, ialah soalan anak ibu yang ketiga. Suatu pagi itu dia bangun
dari tidur dan terus bertanya ibu, " Mak, mengapa kita tidur yama-yama
(lama-lama) kita busuk?"
Cuba fikirkan soalan itu? bukankah itu bukti anak-anak pada usia ini sangat suka nak tahu : )
PART 3
UMUR 3-4 TAHUN
Ini adalah usia yang sangat sesuai untuk mengajar anak anda berpuasa
bagi yang beragama Islam. Ibu mengajar semua anak-anak ibu untuk
berpuasa pada usia mereka 3 tahun. Mereka sudah boleh memahami
konsep-konsep yang dimudahkan.
Namun, ibu tidaklah menyuruh mereka berpuasa sepenuh hari. Bermula dengan 2 jam sahaja. Pada mereka lebih kecil dari itu ibu telah memperkenalkan puasa dengan bercerita dan dari amalan kami sendiri.
Kuncinya, buatlah secara berseronok dan bersahaja dan suatu yang dibuat
kerana kasih kepada Allah. Anda tidak perlu mengupah. Kononnya, jika
buat anda beri hadiah sepuluh ringgit ke atau begitu. Janganlah
mengecilkan nilai puasa itu kepada nilai wang. kenikmatan menghabiskan
puasa adalah suatu yang tidak boleh disamakan dengan wang ringgit.
Ini adalah masa untuk mengajar anak akan kasih kepada Allah dan sesama
manusia. Untuk dia memahami bagaimana orang yang miskin yang hidup
merempat. Semua ini akan meningkatkan EQ anak anda.
Namun, ingat pada usia ini tidak sesuai untuk anak itu berpuasa penuh lagi. Ini adalah usia untuk membiasakan sahaja.
PART 4
Pada usia ini adalah sangat perlu untuk anda memperkenalkan buku-buku
kepada anak-anak anda jika anda belum lagi melakukan sedemikian. Inilah
cara paling mudah mengajak anak untuk cintakan ilmu serta mengajar
mereka untuk membaca dengan mudah. Bila anda selalu membacakan buku
kepadanya, maka anak anda akan terfikir untuk tahun membaca sendiri.
Ibu sertakan penulisan Maya Marz anak ibu mengenai perkara ini.
Membaca buku untuk anak sebelum tidur sememangnya bagus untuk
perkembangan kanak-kanak. Untuk anak berusia kurang dari 2 tahun,
bacakan buku-buku yang ringkas, banyak gambar dan berirama. Untuk
kanak-kanak yang berusia 3 tahun ke atas, kita boleh bacakan buku-buku
yang lebih interaktif.
Objektif membacakan buku pada anak ini banyak.
1. Ia merapatkan hubungan antara parent-child.
2. Ia memberi rutin kepada anak sebelum tidur.
3. Melahirkan minat kepada anak untuk membaca sendiri bila dia besar nanti.
4. Mengembangkan daya kreativitinya dan banyak lagi objektif yang boleh dicapai.
Buku-buku yang sesuai dibacakan untuk kanak-kanak adalah buku-buku yang
kita rasakan penting untuk perkembangannya. Sebelum membeli buku untuk
anak baca buku itu dahulu, buat penilaian (adakah ia memberi kesan baik
atau buruk untuk anak sebelum beli?)
Contohnya, jika kita tidak
mahu anak kita menjadi orang yang suka bergaduh, jangan belikan buku
yang ada cerita orang bergaduh. Bahasa yang baik juga penting (jika ada
perkataan yang tidak sesuai seperti bodoh, malas dsb untuk menyifatkan
perangai seseorang, elakkan dulu). Jika inginkan anak suka bertutur
dalam bahasa Inggeris, belikan buku bahasa Inggeris. Jika inginkan anak
bertutur dalam bahasa Melayu, belikan dia buku Melayu.
Rule of
thumb: Pastikan buku yang dibeli sesuai untuk umurnya. Tujuan kita ialah
supaya mereka senang faham, sukakan aktiviti ini dan kita juga dapat
berehat bersama anak.
PART 5
Pada usia ini ramai ibu bapa yang mula menghantar anak kecil mereka ke
playgroup atau kindergarten. Oleh itu ibu muatkan di sini perkongsian
Puan Sharina mengenai bagaimana untuk memilih tadika atau Tabika yang
baik. Ibu pernah memuatkan suatu masa dahulu.
Pemilihan tadika boleh dibuat berasaskan formula ‘CERGAS’:
C – Cikgu yang penyayang dan komited
E – Emosi kanak-kanak sedia ada
R – Rancangan pembelajaran yang digunakan
G – persekitaran yang Gembira dan ceria untuk belajar
A – Aturan pengurusan tadika yang cekap
S – keSinambungan pembelajaran di rumah
Jika anak anda menyatakan yang dia takut untuk ke sana dan sering
mengamuk atau menangis ketakutan atau kebencian jika anda hendak
menghantarnya ke sana, SILA AMBIL PERHATIAN DAN BUAT PENYELIDIKAN
MENGAPA DIA JADI BEGITU. DENGARLAH RINTIHANNYA. JANGAN ANGGAP ITU
PERKARA REMEH.
PART 6
This is another interesting reading from an article from Parenting and
Child Health Network. Perhaps it will throw some good learnings for you
too in raising your 3-4 year old kids. Enjoy it.
Your three
year old is at the very beginning of learning how to get on with others.
He can control his strong feelings somewhat better than
he did at two but he is still likely to have some tantrums. He starts
to understand social skills like sharing and being kind, but he can only
practice these skills for a short time when he is feeling safe and
happy.
3 year olds often enjoy being with other children
and they now begin to play together more. They are learning that other
people are real and have feelings. This means they can be upset when
other people are upset.
Taking turns is a skill that they will
learn as they approach four, but if they are upset or worried they will
not be able to share their own special things.
They are starting to be able to wait a short time for what they want, such as 'we will go out after you eat your lunch'.
3 year olds are less likely than 2 year olds to have kicking and
screaming tantrums. They are eager to please you. With your help they
might be able to try something else or wait for a few minutes.
Your child may still have fears of noises, the dark, animals, monsters etc
3 year olds are developing a sense of humour and like to laugh at and repeat silly words and situations.
They will like to have choices but they usually can cope best if
the choice is limited such as "you can wear your red shoes or your blue
ones".
They may still need a dummy, blanket or other comforter when tired or away from home.
They can have very stereotyped ideas of what 'boys' and 'girls' are
like, eg girls wear pretty dresses and boys are like Superman.
They are starting to take responsibility for their own toileting.
They may have accidents (wet pants) during the day and be wet at night.
nfl pro line odds - Free SuperLII analysis - Football starvegad starvegad dafabet dafabet クイーンカジノ クイーンカジノ 249new crown sydney | LAC BET
ReplyDelete