Wednesday 19 June 2013

Cinta di Rumah Hassan Al-Banna

- sumber: Buku Cinta Di Rumah Hassan Al Banna
(bukan dari FB Ibu Rose)
 

Figur seorang ayah yang hebat bernama Hassan al-Banna:-

1. Selalu menyempatkan diri untuk sarapan bersama isteri dan anak-anaknya sebelum keluar ke tempat kerja dan anak-anak ke sekolah.

2. Tidak membawa permasalahan di luar rumah ke dalam rumah. Beliau tidak pernah meninggikan suara di rumah kerana marah.

3. Beliau akan mencari masa untuk bercuti bersama keluarga.

4. Membuat data yang lengkap untuk setiap anak. Beliau menyediakan satu buku catatan untuk setiap anaknya yang mengandungi: catatan kesihatan, data kelahiran, prestasi di sekolah dan catatan belajar, dan sebagainya.

5. Membawakan dan mengantarkan bekal anak ke sekolah jika mereka tertinggal bekalan mereka di rumah.

6. Menyenaraikan keperluan rumahtangga dengan terperinci.

7. Menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak, sehingga anak menurut tanpa disuruh.

8. Memberi wang saku kepada anak-anak untuk belanja harian (selain dari keperluan yang telah disediakan). Wang tersebut diberikan dalam bentuk harian, mingguan dan bulanan.

9. Melatih anak untuk bersedekah di masjid selepas solat Jumat.

10. Melatih anak-anak dengan latihan kendiri (softskill) yang bermanfaat ketika mereka dewasa.

11. Sering menasihati dan menegur anak-anak.

12. Mengajar anak-anak membaca al Quran.

13. Berkomunikasi dengan anak-anak menggunakan bahasa yang sesuai pada peringkat usia mereka. Membiarkan anaknya bermain dengan rakan sebaya mereka dan melatih anak-anak untuk menghormati tetamu dengan memberikan contoh bagaimana melayan rakan-rakan mereka dengan baik ketika mereka berkunjung ke rumah.

14. Memantau perkembangan anak dengan menghubungi guru mereka di sekolah.

15. Memberikan tugasan kepada anak-anak. Contohnya menjadikan anak yang besar sebagai pembantu peribadi beliau.

16. Membuat perpustakaan peribadi di rumah dan memberi wang saku lebih kepada anak-anak untuk membeli buku-buku Islami.

17. Meneman anak bermain, walaupun hanya sekejap sahaja. Hasan al-Banna adalah orang yang pandai memanfaatkan waktu sedemikian rupa sehingga orang yang bersamanya akan merasa terkesan dan gembira meskipun hanya dengan waktu yang sekejap sahaja.

18. Menjaga perasaan anak.

19. Memberi bacaan yang bermanfaat sebagai pengganti komik.

20. Melatih anak untuk senantiasa memuliakan tamu.

21. Memujuk anak untuk tetap bersemangat pergi ke sekolah.

22. Memberi hukuman untuk memperbetulkan kesalahan.

23. Mengajak anak dan memperkenalkannya kepada aktivi dakwah.

24. Menyedarkan peranan “keperempuanan” untuk anak perempuan.

25. Menjaga keharmonian rumahtangga dengan menjaga hubungan komunikasi yang baik antara suami isteri.

26. Menanamkan rasa cinta dan ambil peduli anak-anak pada umat Islam sedunia.

27. Membekalkan kertas dan alat tulis khas, sehingga anak tidak mengganggu pekerjaannya.

28. Menjadi teman berbicara dan juga belajar kepada anak-anak.

29. Apabila pulang lewat malam, beliau akan masuk ke rumah dengan sangat berhati-hati bertujuan untuk tidak menganggu isteri dan anak-anaknya yang ketiduran.

30. Menunaikan hak keluarga dengan baik dan mengoptimakan waktu bersama keluarga.



No comments:

Post a Comment