Tuesday 27 August 2013

KES DERA DI DALAM RUMAH TANGGA.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan video rakaman
yang menjadi viral mengenai suami yang memukul, menerajang dan menumbuk isterinya di dalam lif di sebuah hospital sepulangnya mereka setelah melawat anak sulung mereka di situ.

Ia sangat memilukan hati untuk ditonton kerana 2 anak kecil mereka juga ada bersama menyaksikan semua itu. Bagaimanalah hati anak-anak itu? (Ibu sengaja tidak memuatkan video itu di sini kerana ibu tidak mahu ianya menjadi realiti hidup anda kerana gambar dan video sedemikian boleh menjadi benih yang bercambah di minda dan hati dan jika anda tidak bijak mengendalikannya, akan mengundang kedatangan perkara seperti itu ke dalam hidup anda.)

Apakah komen ibu mengenai perkara ini?

Ibu bersetuju dengan pendapat dan perkongsian di bawah ini: dari Islam Agama Ku FB
Terima kasih diatas perkongsian anda Islam Agama Ku.
----------------------------------------------
Suami memukul isteri depan anak2 , nauzubillah.

Wahai para suami renungkanlah sabda dan nasihat Nabi kalian Muhammad shallahu ‘alaihi wa sallam, suami teladan umat ini…

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي

“Sebaik-baik kalian adalah yang terbaik bagi istrinya dan aku adalah orang yang terbaik di antara kalian terhadap istriku”

(HR At-Thirmidzi no 3895 dari hadits Aisyah dan Ibnu Majah no 1977 dari hadits Ibnu Abbas dan dishahihakan oleh Syaikh Al-Albani (lihat As-Shahihah no 285))

Beliau shallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا

“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap istri-istrinya”.

(HR At-Thirmidzi no 1162 dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Majah no 1987 dari hadits Abdullah bin ‘Amr, dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani (lihat As-Shahihah no 284))

Hadits yang sangat agung ini banyak dilalaikan oleh para suami…padahal hadits ini dengan sangat jelas menunjukkan bahwa menjadi seorang suami yang terbaik bagi istrinya merupakan tanda baiknya seseorang,bukan itu sahaja namun sebagai tanda kesempurnaan iman seseorg.

Saya harap lelaki ini insaf dan mendapat pengajaran . Wallahuallam.
Photo: ‎KES DERA DI DALAM RUMAH TANGGA.

Saya harap lelaki ini insaf dan mendapat pengajaran . Wallahuallam.‎

No comments:

Post a Comment