Tuesday 27 August 2013

Anak & taska

PERKONGSIAN INI HANYA UNTUK KITA BERSAMA MEMBETULKAN YANG SALAH DAN MENGUATKAN YANG TELAH BETUL AGAR KITA DAPAT MEMBINA DUNIA YANG INDAH UNTUK ANAK-ANAK KITA DAN KITA JUA. SALAM KASIH -IBU ROSE

Assalamualaikum ibu. Sy nak minta pendapat ibu. Anak sy baru hari kedua dihantar ke taska. Sy mencuri2 lihat apa yg mereka lakukan utk pujuk anak sy spy berhenti menangis tetapi apa yg mengejutkan, anak sy diletakkan di depan kelas di atas meja guru dan kanak2 lain melihatnya di atas itu. Sy rasa mgkn guru taska itu fikir dgn cara itu anak sy akan berasa malu dan berhenti menangis. Adakah ibu rasa itu wajar dilakukan? Sy berasa sedih melihat keadaan itu dan tak setuju dgn caranya tetapi sy tak bersemuka pula dgn guru taska tersebut.apa pendapat ibu ye? Terima kasih jika ibu sudi menjawab soalan sy ni.

----------------------------------------------
PERTAMA BERTANYALAH DENGAN GURU TERSEBUT APAKAH RASIONAL TINDAKANNYA ITU. Dengar dahulu dengan kasih-sayang kerana mungkin ada sebab yang boleh diterima dan sebenarnya berniat baik cuma cara sahaja yang tidak kena.

Namun, jika apa yang puan sangka itu benar, dan mereka melakukan semata-mata untuk memalukan anak puan dengan harapan dia akan berhenti menangis, maka minta mereka berhenti melakukannya kerana impak negatifnya sangat besar.

Jika mereka tidak bekerjasama, keluarkan anak puan dari situ dan carilah tadika lain yang guru-gurunya dilatih dan menghayati psaikologi kanak-kanak.

Kita perlu sedar menggunakan taktik memalukan akan mencalarkan emosi sesiapa pun apatah lagi kanak-kanak dan akan memberi impak besar kepada jati diri anak yang terlibat. Kita tidak boleh membina kekuatan jiwa yang tulen dengan tenaga yang negatif. Ya, anak itu boleh berhenti menangis, namun emosinya tercalar dan ini amat membahayakan bila ia menjadi deep rooted belief.

Inilah diantara punca mengapa dunia sekarang ini penuh dengan kemarahan. Perkara seperti ini telah berlaku 20 lebih tahun dahulu juga dan ramai anak-anak kecil masa itu dibesarkan dengan ketidakfahaman mengenai pendidikan awal kanak-kanak dan psaikologi kanak-kanak. Hasilnya, inilah yang kita terima hari ini. Salah sikit tembak! Salah sikit, mengamuk! Lambat dapat gaji, hantar surat marah kepada CEO. Ini semua adalah kerana tiada keindahan akhlak dan keindahan akhlak terbina daripada kekuatan EQ dan SQ.

Anak-anak kecil hari ini akan menjadi orang dewasa hari esok, adakah anda mahu mereka merupa generasi yang senang marah dan benci dengan orang? Orang tua disepak-sepak dan akhlak yang rakus dan mencederakan orang lain?

Jangan pandang rendah kesan perbuatan kita hari Ini terutamanya kepada anak-anak kecil di sekeliling kita. Kerana ia boleh menjadi punca kepada kebaikan dan keburukan dunia masa akan datang.

Salam-kasih - Ibu Rose

No comments:

Post a Comment