Wednesday, 24 July 2013

MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Sumber dari Fb Qaseh Kazim's photo.
MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.

Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

mari kita renung2kan...
 
Photo: MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.

Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

mari kita renung2kan...

PARENTING BIJAK- Anak 6-7 Tahun


PART 1

Alhamdulillah, Selamat berjumpa kembali. Bersyukur kita dapat meneruskan Seminar kita ini.

Sebagai pembuka tirai, marilah kita menyaksikan video Ustaz Don mengenai pendidikan anak-anak. Ibu merekakan pencerahan yang beliau beri ini sungguh bermakna.

http://youtu.be/A2aQK7UM2gY

EDISI KHAS: KASIH-SAYANG DAN KELUARGA

Semasa kita mula lahir, kita datang dengan penuh perasaan kasih sayang. Sehari demi sehari, bila kasih sayang itu dicemar dengan sikap negatif penjaga kita dan sekeliling kita, kita mula hilang kekuatan diri kita. Namun fitrah manusia memerlukan kasih sayang, maka kta terus mencari.

Jika pencemaran ke atas perasaan kasih yang wujud semulajadi dalam diri kita itu hebat, maka jadilah kita manusia yang tidak seimbang atau seperti berjalan tempang dalam hidup kita. Kita lihat bagaimana orang yang melakukan perbuatan jenayah, kebanyakkannya mengalami ketandusan kasih sayang kepada manusia malah dirinya sendiri. Kasih sayang yang pernah wujud pada suatu ketika dahulu didalam hati mereka, berganti dengan perasaan benci dan dendam. Hati mereka rosak. Roh mereka rosak. Justeru itu mental mereka juga menjadi tidak menentu. Lantaran itu fizikal mereka hanya mahu merosakkan dan membinasakan.

Menuruh Dr. Ross Campbell, seorang ahli Psaikatris kanak-kanak dan remaja berkata, sebagai kiasan, setiap anak mempunyai ‘tangki emosi’ yang perlu diisi dengan kasih dan sayang. Bila tangki ini penuh, maka anak itu akan merasa dikasihi dan mampu mengasihi. Bila tangki ini kosong, maka anak tersebut akan melakukan perbuatan yang selalunya selalunya tidak baik untuk mengagih kasih sayang.

Walaupun sudah mencecah dewasa atau umur menua, manusia masih membawa tangki emosi ini.Adakalanya, tangki emosi kita boleh menjadi terluak juga. Di dalam perkahwinan, jika diantara pasangan itu tidak berusaha memenuhi tangki emosi ini, di sinilah bermulanya masalah yang sering wujud di dalam rumah tangga. Masing tidak boleh merasakan diri mereka disayngi oleh pasangan mereka.

Bayangkan seorang isteri yang tidak penuh tangki emosinya, dia akan senantiasa berasa tidak selamat? Maka timbullah penyakit cemburu buta atau cemburu membuta tuli. Bayangkan pula seorang suami yang ketandusan tangki emosinya, tiada kekuatan dari dirinya untuk berjuang mempertahankan dan menjaga keluarganya.

Bagaimana untuk memenuhi tangki emosi ini? Mudah sahaja. Berikan dan curahkan kasih sayang. Namun, ada yang berkata; “ Tapi saya sudah curahkan kasih sayang tetapi pasangan saya masih merasakan dia tidak dikasihi….masih kosong tangki emosinya!”
Mengapa jadi begini? Bagi pendapat anda mengapa agaknya?

Kalau diibaratkan kasih itu surat, mengapakah bila anda pos surat itu kepada kawan anda, dia tidak menerimanya? Ya, kerana alamatnya salah. Anda hantar surat itu ke alamat yang salah, maka surat itu tidak mencapai sasaranya. Begitu juga dengan kasih . Bila ia disampaikan bukan dengan cara yang boleh difahami oleh pasangan anda maka, ia melepasi sasarannya. Akibatnya kedua-duanya kecewa.

Terdapat beberapa ‘ Bahasa Kasih’ ( love language). Apa yang di maksudkan dengan bahasa kasih ialah cara sesaorang itu menginteperitasikan perasaan kasih pasangannya. Ia merupakan saluran dimana seorang itu dapat dihubungi untuk menunjukkan kasih yang anda pada kita kepadanya. Terdapat lima bahasa Kasih menurut Gary Chapman PH.D


a) Mengesahkan dan menguatkan dengan kata-kata.

Jika pasangan anda menggunakan saluran ini untuk menyampaikan dan menerima perasaaan kasih itu, maka apa yang hendak anda lakukan ulangkan selalu perkataan yang mengesahkan perasaan anda itu. Lagi sering anda megungkapkan kata-kata seumpama itu, lagi penuh tangki emosinya. Pasangan anda akan berasa amat dihargai dan dikasihi. Ungkaplah dengan penuh perasaan supaya ia lebih membawa makna.

b) Masa yang Berkualiti.

Pasangan yang begini menginteperitasikan kualiti kasih pasangannya seperti mana masa yang dihabiskan bersama. Mereka akan berasa sangat dikasihi jika pasangan mereka menghabiskan masa bersama. Berkongsi pendapat, berbincang, mendengar rintihannya, melakukan aktiviti bersama dan sepertinya.

c) Menerima Hadiah

Hadiah adalah simbol kasih sayang bagi mereka ini. Bagi mereka ini, bila pasangan mereka memberi hadiah, mereka dapat merasakan kasih sayang pasangan mereka. Mereka tidak memerlukan hadiah yang mahal-mahal. Kadang-kadang hadiah yang dibuat sendiri menjadi lebih bermakna.

d) Memberi Khidmat

Jika individu yang bahasa kasihnya adalah memberi khidmat dicerca terhadap apa yang mereka lakukan sebagai khidmat kepada anda, maka terbantutlah tangki emosinya.
Jika bahasa kasihnya ialah memberi khidmat, hargailah setiap khidmat mereka, walaupun sedikit. Bila dia meminta khidmat anda, penuhilah. Jika tidak mereka merasakan anda tidak menyayanginya. Anda juga boleh memberikan khidmat kepadanya terutama apabila tidak diminta.

e) Disentuh secara Fizikal

Sentuhan fizikal adalah suatu isyarat kasih sayang bagi mereka ini. Ia menyentuh mereka secara mendalam. Menyebabkan mereka merasai disayangi dan dikasihi. Dari sentuhan yang hanya sedikit kepada sentuhan yang hebat seperti ciuman.

Apabila tangki emosi ibubapa penuh maka penuhlah tangki emosi anak-anak. Kebanyakan rumah tangga musnah kerana dikala krisis masing-masing mengutamakan ego masing-masing daripada mengalah dan mengkomunikasikan kasih sayang melalui bahasa yang difahami oleh pasangan.

Jika masing-masing dengan pegangan,” Dia patut faham saya”…dimanakah kesudahannya melainkan perceraian. Belajarlah menyalurkan aksih sayang anda kepada pasangan anda dengan bahasa kasihnya untuk mengkomunikasikan kasih anda dengan effektifnya.

PARENTING BIJAK - ANAK 4-5 TAHUN

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 11 PART 1

ANAK 4-5 TAHUN.

Part 1

Pada usia ini adalah lebih senang bercakap dengan anak anda kerana mereka sudah boleh memahami arahan. Namun itu tidak bermaksud mereka akan mendengar segala arahan anda kerana pada usia ini mereka juga mempunyai idea mereka sendiri dan mahukan kita mendengar idea mereka juga.

Selain itu mereka sangat suka bertanya itu dan ini. Kadang-kadang itu tidak berhenti sampaikan anda pening. Pernah ibu ditanya mengenai perkara seperti ini. Ibu yang bertanya itu menyatakan anaknya tak berhenti bercakap dan bertanya soalan. Sampai dia tidak boleh berfikir. Penat nak melayan katanya. Dia meminta pertolongan ibu apa hendak dibuat.

Jawapan ibu; dengarkan dan layankan saja. Puan tidak akan mendapat lagi masa yang sebegini dimana anda adalah rujukan utamanya dalam semua perkara yang dia hendak tahu. Layankan. Ini cuma satu fasa yang jika puan guna dengan baik akan menjalinkan pertalian yang sangat rapat dengan anak anda itu. Jika tidak tahu jawapannya, katakana saja tidak tahu. Dan ajak dia mencari jawapan bersama di dalam buku-buku atau komputer. Inilah masa untuk memperkenalkan NIKMAT MEMBACA!


PART 2

Anak pada usia ini perlu diberi bermain di luar dengan aktif bersama kawan-kawan. Pada usia ini seorang anak itu sudah mula pandai berkawan, bertolak-ansur, berkongsi dan menunggu giliran. Sepatutnya dia juga boleh bertolak ansur dengan adik-adik atau abang kakaknya. Jika ini tidak berlaku, masalahnya adalah bukan kerana dia tidak pandai bergaul tetapi terdapat perasaan dengki yang disebabkan cara anda sebagai ibu bapa membahagi kasih sayang dan mempamerkannya kepada dia.

Jika itulah masalahnya, maka usahakanlah untuk menunjukkan kasih-sayang kepadanya dan perlu dikatakan dan ditunjukkan bahawa kasih-sayang anda kepada setiap anak-anak anda adalah sama.


PART 3

ANAK USIA 4-5 TAHUN

Pada usia ini, anak anda akan ‘curious’ dan ‘explore’ untuk mengetahui mengenai alat kelaminnya dan orang lain. Ini TIDAK ada kaitan dengan anak itu akan jadi kuat seks atau tidak! Ini hanyalah satu tahap pembelajaran yang naluri bagi manusia.

Mungkin anak anda akan meneliti alat kelamin adiknya atau yang sepertinya. Jika anda ternampak, RELAKS, buat bersahaja dan menerangkan apakah benda itu dan fungsinya secara sainstifik. Terangkan dengan TENANG.

Jika anda sebagai ibu bapa ‘melatah’ dan menuduh anak itu dengan tuduhan yang buruk dan berkait dengan seks pula, maka inilah yang memberi kesan negatif terhadap anak itu mengenai seks bila dia sudah remaja nanti. Satu kepercayaan buruk boleh tertanam dengan ‘latah’ anda itu, iaitu ‘seks adalah kotor’.

Cara hendak mengatasinya ialah anda perlu berfikiran kehadapan. Sebelum dia mahu bertanya dan tahap ini sampai, anda sudah membeli buku dan telah mula bercerita sedikit sebanyak. Dalam masa yang sama, walaupun telah bercerita, mereka tetap akan lebih hendak tahu dan hendak explore.


PART 4


Lagi satu soalan yang sering memeningkan ibu bapa ialah bila anak mereka bertanya; ‘Mama, saya datang dari mana. Macamana saya boleh jadi.’
Soalan begini dipanggil soalan ‘ The birds and bees’.

Setengah ibu bapa tersipu-sipu menjawabnya. Tak perlu tersipu-sipu. Jawap dengan bijak dengan menggunakan ilmu Sains. JANGAN pula mereka-reka cerita yang bukan-bukan dan jangan juga menyuruh mereka diam dan memarahi mereka kerana bertanya.

Nanti ibu akan kongsikan cara yang ibu gunakan. Anda boleh ikut jika sesuai : )


PART 5

Di sini ibu kongsikan sedikit penulisan ibu yang ibu petik daripada buku ibu ‘Membina Anak-Anak Cemerlang’.
Sama ada kita benarkan atau tidak, tiba masanya anak-anak akan melihat dan memeriksa bahagian tubuh mereka. Ini terjadi ketika umur mereka menjangkau 3 hingga 6 tahun. Sekiranya mereka mempunyai adik-beradik yang agak sebaya, tetapi berlainan jantina, mereka mungkin akan sedar mereka sangat berbeza dari segi fizikal. Mungkin mereka akan bertanya mengapakah ada perbezaan. Nasihat saya kepada anda semua, bertenang dan terangkan kepada mereka secara terus-terang dan mudah.

Anak-anak tidak mempunyai apa-apa pandangan tentang seks. Mereka menerimanya daripada anda. Sekiranya anda sering berasa malu apabila tajuk ini diketengahkan, fikirkan apakah kepercayaan yang didapati oleh mereka mengenainya. Ingatlah, sekiranya mereka bertanyakan tentang tajuk ini, mereka sebenarnya benar-benar ingin tahu. Mereka bukan bersikap nakal atau jahat. Mereka hanya ingin belajar. Oleh yang demikian, ambil kesempatan ini untuk berkongsi pengetahuan ini dengan cara yang betul dengan mereka.

Saya teringat ketika saya ditemu ramah di televisyen tentang tajuk pendidikan seks. Penemu ramah program itu berkata, dia amat takut untuk menghadapi hari di mana anak kecilnya akan bertanya, “Ibu, bagaimanakah saya boleh dilahirkan?” katanya. Dia sedar bahawa dia mesti bersedia untuk menjawabnya sebelum ditanya. Satu corak pemikiran yang baik. Itulah yang sepatutnya dibuat oleh semua ibu bapa. Bersedia.

Apakah pula yang telah saya lakukan ketika ditanya oleh anak-anak tentang soalan itu? Saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberikan saya kebijaksanaan untuk menjawab soalan itu. Saya masih ingat, saya membuat keputusan untuk mengajar anak saya tentang perkara ini dalam suasana yang bersahaja, penuh kasih sayang, dan riang. Saya mahu anak-anak saya berasa puas hati setelah mendengar jawapan saya. Saya tidak mahu mereka mempunyai tanggapan bahawa seks itu adalah tidak baik. Walaupun ketika itu pengetahuan saya tentang keibubapaan sungguh terhad, saya sedar jawapan saya kepada soalan itu akan mewarnai tanggapan anak-anak saya kepada topik seks ini.

Semua anak saya telah dewasa kecuali anak saya yang bongsu. Saya juga berbicara dengan mereka tentang bagaimana saya memberikan jawapan kepada mereka tentang perkara ini ketika mereka masih kecil. Saya gembira mendengar maklum balas daripada mereka bahawa saya telah membuatkan mereka berasa selesa untuk bertanyakan soalan yang sedemikian pada ketika itu. Saya tidak menyuruh mereka ‘diam’, sebaliknya saya memberikan penerangan dengan bahasa yang mudah tetapi benar. Sesuatu yang mengembirakan mereka ialah saya menggunakan banyak peluang yang ada untuk menerangkan perkara tersebut dengan bersahaja tanpa berselindung kepada mereka.

Anak perempuan saya yang sulung teringat ketika kami menonton filem Look Who’s Talking. Ketika itulah saya menerangkan kepadanya tentang bagaimana bayi diwujudkan. Dia mengatakan babak pengenalan filem itu ada menunjukkan berjuta-juta sperma sedang berenang. Saya menggunakan babak itu untuk menghuraikan kejadian bayi. Anak perempuan saya yang seorang lagi mencelah tentang bagaimana istimewanya kita kerana daripada berjuta-juta sperma itu cuma satu sahaja yang menjadi kita. Kitalah pemenang. Ini yang membuatkan dia terfikir bagaimana istimewanya dirinya.

Dalam semua situasi, apa yang mengingatkan mereka ialah saya telah menjawab semua persoalan itu dengan cara yang mudah. Tiada rasa malu atau perasaan terlarang, tetapi dengan penuh kasih sayang dan gembira. Ini membuatkan mereka berasa tiada apa-apa yang patut dimalukan. Mereka agak terperanjat apabila mendapati ramai antara kawan mereka tidak berpeluang langsung untuk membuka mulut untuk bertanyakan kepada ibu bapa mereka tentang persoalan demikian. Ada antara kawan mereka mempunyai perasaan yang negatif terhadap tajuk yang membincangkan tentang seks. Yang didapati oleh mereka ialah ramai antara kawan mereka yang berpandangan negatif mengenai seks, terlibat dengan hubungan seks ketika masih remaja. Alasannya, mereka tidak dibimbing mengenai perkara ini dan hormon yang terseksa di dalam diri mereka meronta-ronta ingin menyelidik dan merasai pengalaman itu. Inilah yang akan terjadi sekiranya anak-anak kita tidak diberikan bimbingan yang betul tentang perkara ini.

Jangan biarkan wujudnya perasaan malu menyelubungi suasana setiap kali anak anda menyoal tentang topik seks ini. Maksudnya, anda mestilah menyampaikan kepada mereka satu hakikat bahawa seks sesuatu yang indah dengan direstui oleh Pencipta apabila mengikut lunas-lunas yang betul. Ini telah jelas, kerana Tuhan memberikan pedoman tentang perkara ini.


PART 6

Sebenarnya soalan, ‘Mama saya dari mana saya datang?’ adalah soalan berbentuk ‘existential’. Ianya sangat rapat dengan soalan, ‘ Mengapakan aku di lahirkan di dunia ini?’, ‘Siapa aku?’, ‘Dari mana aku datang?’ Semua soalan-soalan ini adalah soalan yang menyedarkan manusia akan mengapa dia wujud di atas muka bumi ini. Dan siapa Penciptanya. Itulah sebabkan soalan-soalan begini perlu dilayan. Bukan sekadar untuk ilmu tetapi untuk Aqeedah sekali.

Who are you? Why you are here? What is your purpose? Who is your Creator? Are existential questions that come to any human being at least once in a lifetime. Actually, more than once.

The question that I want to put here, that you can comment in either BM or English; What have answering these questions got to do with raising great kids?


PART 7

Jangan risau lebih jika anak anda yang berusia 4-5 tahun ini mula mereka-reka cerita. Mereka bukan bercakap bohong, mereka hanya berkhayal dan berimaginasi. Jika ada yang berbohong, hanyalah kerana mahu menyelamatkan diri. Jika ada juga yang berniat berbohong kerana suka dan mahu memperdayakan orang lain, maka sememangnya itu memerlu pertolongan dan terapi.

Kanak-kana biasa yang pada usia akan bercerita seolah-olah betul akan perkara yang dia olahkan di dalam mindanya. Mereka suka berlakun menjadi mak ayah. Bermain, masak-masak, jadi mak atau ayah, atau Ultraman atau Superman… semua itu bukan mereka sudah pandai berbohong. Mereka sudah sampai usia suka berkhayal dan berimaginasi.

Jika dididik dan diberi pengasahan kebolehan mereka ini, inilah yang boleh menjadi Einstein, Steven Spielberg atau Walt Disney dan ramai mereka-mereka yang hebat menggunakan daya otak kanan dan menggabungkan dengan otak kiri.
 


PART 8

Biasanya anak pada usia ini :

1- Boleh bercakap dengan jelas dan mudah difahami. Tidak pelat sangat, cuma sikit-sikit. Jika terlalu pelat, maka bawalah berjumpa pakar.
2- Suka bermain dengan kawan-kawan dan suka berkawan. Jika anak anda takut dan enggan bermain dengan kawan, selidiklah masalahnya mengapa. Mungkin tidak biasa atau takut keran sering ditakut-takutkan.
3- Boleh menggunakan kaki, tangan dan anggota badan dengan baik. Boleh ‘skip’, melompat dari tempat yang dua kaki tinggi atau lebih dengan selamat. Boleh memanjat dan turun dengan selamat. Sudah boleh menulis dan membuat bentuk manusia dengan ada kepala, tangan, badan dan kaki. Mungkin belum jari-jemari lagi.


 
 
 

Tuesday, 9 July 2013

PARENTING BIJAK - UMUR 3-4 TAHUN- 9 Julai 2013- Day 10

PART 1

Salam Sejahtera, Syukur kerana dapat berjumpa kembali.

Bercakap mengenai anak berusia 3 tahun, ini adalah usia dimana anak mula mengambil identiti diri serta mula belajar bergaul dan menajamkan skil interpersonalnya.

Jika anak itu telah dibiasakan bermain dengan kanak-kanak lain, pada usia ini, mereka sudah boleh bermain bersama-sama dengan rakan sebaya mereka.


PART 2

Kebanyakan anak pada usia ini sudah boleh membuat ayat yang panjang. Kepetahan mereka bercakap dan bertanya adalah sebenarnya suatu yang perlu dihargai. Jika anak terlalu banyak bertanya, janganlah marah atau suruh anak diam. Dengarkan ceritanya. Jika anda sedang sibuk, anda boleh meminta dia bercerita sekejap lagi sebab anda hendak mendengar semua ceritanya.

Ada ibu bapa yang selalu memarahi anak-anak mereka bila bertanya. Janganlah menjadi ibu bapa yang sedemikian. Masa seperti ini tidak akan berlaku lagi. This is once in a life time ; )

Ingatkan kembali, apakah soalan-soalan mereka yang sangat melucukan.

Bagi ibu, ialah soalan anak ibu yang ketiga. Suatu pagi itu dia bangun dari tidur dan terus bertanya ibu, " Mak, mengapa kita tidur yama-yama (lama-lama) kita busuk?"

Cuba fikirkan soalan itu? bukankah itu bukti anak-anak pada usia ini sangat suka nak tahu : )


PART 3

UMUR 3-4 TAHUN

Ini adalah usia yang sangat sesuai untuk mengajar anak anda berpuasa bagi yang beragama Islam. Ibu mengajar semua anak-anak ibu untuk berpuasa pada usia mereka 3 tahun. Mereka sudah boleh memahami konsep-konsep yang dimudahkan.

Namun, ibu tidaklah menyuruh mereka berpuasa sepenuh hari. Bermula dengan 2 jam sahaja. Pada mereka lebih kecil dari itu ibu telah memperkenalkan puasa dengan bercerita dan dari amalan kami sendiri.

Kuncinya, buatlah secara berseronok dan bersahaja dan suatu yang dibuat kerana kasih kepada Allah. Anda tidak perlu mengupah. Kononnya, jika buat anda beri hadiah sepuluh ringgit ke atau begitu. Janganlah mengecilkan nilai puasa itu kepada nilai wang. kenikmatan menghabiskan puasa adalah suatu yang tidak boleh disamakan dengan wang ringgit.


Ini adalah masa untuk mengajar anak akan kasih kepada Allah dan sesama manusia. Untuk dia memahami bagaimana orang yang miskin yang hidup merempat. Semua ini akan meningkatkan EQ anak anda.

Namun, ingat pada usia ini tidak sesuai untuk anak itu berpuasa penuh lagi. Ini adalah usia untuk membiasakan sahaja.
 


PART 4

Pada usia ini adalah sangat perlu untuk anda memperkenalkan buku-buku kepada anak-anak anda jika anda belum lagi melakukan sedemikian. Inilah cara paling mudah mengajak anak untuk cintakan ilmu serta mengajar mereka untuk membaca dengan mudah. Bila anda selalu membacakan buku kepadanya, maka anak anda akan terfikir untuk tahun membaca sendiri.

Ibu sertakan penulisan Maya Marz anak ibu mengenai perkara ini.

Membaca buku untuk anak sebelum tidur sememangnya bagus untuk perkembangan kanak-kanak. Untuk anak berusia kurang dari 2 tahun, bacakan buku-buku yang ringkas, banyak gambar dan berirama. Untuk kanak-kanak yang berusia 3 tahun ke atas, kita boleh bacakan buku-buku yang lebih interaktif.

Objektif membacakan buku pada anak ini banyak.

1. Ia merapatkan hubungan antara parent-child.
2. Ia memberi rutin kepada anak sebelum tidur.
3. Melahirkan minat kepada anak untuk membaca sendiri bila dia besar nanti.
4. Mengembangkan daya kreativitinya dan banyak lagi objektif yang boleh dicapai.

Buku-buku yang sesuai dibacakan untuk kanak-kanak adalah buku-buku yang kita rasakan penting untuk perkembangannya. Sebelum membeli buku untuk anak baca buku itu dahulu, buat penilaian (adakah ia memberi kesan baik atau buruk untuk anak sebelum beli?)

Contohnya, jika kita tidak mahu anak kita menjadi orang yang suka bergaduh, jangan belikan buku yang ada cerita orang bergaduh. Bahasa yang baik juga penting (jika ada perkataan yang tidak sesuai seperti bodoh, malas dsb untuk menyifatkan perangai seseorang, elakkan dulu). Jika inginkan anak suka bertutur dalam bahasa Inggeris, belikan buku bahasa Inggeris. Jika inginkan anak bertutur dalam bahasa Melayu, belikan dia buku Melayu.

Rule of thumb: Pastikan buku yang dibeli sesuai untuk umurnya. Tujuan kita ialah supaya mereka senang faham, sukakan aktiviti ini dan kita juga dapat berehat bersama anak.


PART 5

Pada usia ini ramai ibu bapa yang mula menghantar anak kecil mereka ke playgroup atau kindergarten. Oleh itu ibu muatkan di sini perkongsian Puan Sharina mengenai bagaimana untuk memilih tadika atau Tabika yang baik. Ibu pernah memuatkan suatu masa dahulu.

Pemilihan tadika boleh dibuat berasaskan formula ‘CERGAS’:
C – Cikgu yang penyayang dan komited
E – Emosi kanak-kanak sedia ada
R – Rancangan pembelajaran yang digunakan
G – persekitaran yang Gembira dan ceria untuk belajar
A – Aturan pengurusan tadika yang cekap
S – keSinambungan pembelajaran di rumah

Jika anak anda menyatakan yang dia takut untuk ke sana dan sering mengamuk atau menangis ketakutan atau kebencian jika anda hendak menghantarnya ke sana, SILA AMBIL PERHATIAN DAN BUAT PENYELIDIKAN MENGAPA DIA JADI BEGITU. DENGARLAH RINTIHANNYA. JANGAN ANGGAP ITU PERKARA REMEH.


PART 6
 

This is another interesting reading from an article from Parenting and Child Health Network. Perhaps it will throw some good learnings for you too in raising your 3-4 year old kids. Enjoy it.

Your three year old is at the very beginning of learning how to get on with others. He can control his strong feelings somewhat better than he did at two but he is still likely to have some tantrums. He starts to understand social skills like sharing and being kind, but he can only practice these skills for a short time when he is feeling safe and happy.

3 year olds often enjoy being with other children and they now begin to play together more. They are learning that other people are real and have feelings. This means they can be upset when other people are upset.
Taking turns is a skill that they will learn as they approach four, but if they are upset or worried they will not be able to share their own special things.
They are starting to be able to wait a short time for what they want, such as 'we will go out after you eat your lunch'.
3 year olds are less likely than 2 year olds to have kicking and screaming tantrums. They are eager to please you. With your help they might be able to try something else or wait for a few minutes.
Your child may still have fears of noises, the dark, animals, monsters etc
3 year olds are developing a sense of humour and like to laugh at and repeat silly words and situations.
They will like to have choices but they usually can cope best if the choice is limited such as "you can wear your red shoes or your blue ones".
They may still need a dummy, blanket or other comforter when tired or away from home.
They can have very stereotyped ideas of what 'boys' and 'girls' are like, eg girls wear pretty dresses and boys are like Superman.
They are starting to take responsibility for their own toileting.
They may have accidents (wet pants) during the day and be wet at night.
 
 
 

Thursday, 4 July 2013

PARENTING BIJAK - ANAK 2-3 THN- 4 JULAI 2013-DAY 9

PART 1

ANAK 2-3 TAHUN.

Ini adalah masa yang agak mencabar. Anak kecil kita sudah ada kaki dan sudah ada mulut. Dia sudah pandai merajuk dan mengamuk bila tidak tunaikan permintaannya. Apa yang juga amat mencabar dia juga payah mendengar kata.

Namun, pada usia ini, sangat comel bercakap dengan perkataan yang masih pelat.

Ambillah masa untuk mengajar anak akhlak mulia dan pastikan dia melakukannya berulang kali sehingga menjadi tabiat. Namun, terangkanlah kepadanya mengapa anda menyuruh dia melakukan perkara itu. Contohnya, cium tangan nenek bila bersalam, mengapa.

Anda juga sudah boleh mula mengajar dia surah-surah pendek di dalam Quran bagi yang beragama Islam.

Monday, 1 July 2013

PARENTING BIJAK - ANAK 1-2 TAHUN- Day 8 - 1 Julai 2013

PART 1

Pada usia ini seoorang anak sudah merangkak dan mungkin telah mula bertatih. Beberapa batang gigi juga mungkin telah tumbuh. Dia juga mungkin telah mula boleh menyebut mama atau papa. Untuk menyebut 'ibu' akan mengambil masa agak lama sikit berbanding dengan mama, papa, mummy, daddy, mak, ayah.

Jika anak anda belum boleh bercakap, jangan cepat mengelabah. Boleh dibawa berjumpa pakar, namun sekadar untuk MENDAPAT KEPASTIAN. JANGAN TERLALU CEMAS.

Pada usia ini, anak sudah boleh di didik mengikut rutin dan diajar untuk meletakkan barang. Dia juga sudah BOLEH respon yang mudah difahami bila anda bercakap dengannya.


PART 2

ANAK 1-2 TAHUN

Anak anda pada usia ini mungkin sudah mula menunjukkan protest jika permintaannya tidak diikuti. Dia mungkin menguling-gulingkan badannya atau menjerit-jerit marah.

Elakkan anda menjerit sama dengan marah kepadanya. Anak ini hanya sedang exercise his will power. Jika apa yang dia mahu itu tidak munasabah atau membahayakan dirinya, anda boleh menerangkan dan mengatakan tidak kepadanya dan membawa dia beredar dari situ. Dan berikan kepada dia suatu benda lain dan katakan YANG INI BOLEH! Jika dia masih protest, give more love...kenapa? Ibu akan terangkan pada next part.


PART 3

ANAK 1-2 TAHUN

Bila anak memprotes, bukan semestinya bermaksud dia degil. Pada usia ini, dia sedang belajar untuk menyuarakan apa yang dia fikir. Walaupun anak ini masih kecil, kita perlu menghormati dia dengan pilihannya. Menghormati bukan bermaksud mengikut saja apa yang dia mahu. Maksudnya ialah untuk kita memberi penjelasan dengan rasa penuh kasih-sayang dan hormat.

Pada usia ini, dia sedang membentuk identiti diri. Salah satu perkara yang membantu anak ini mempunyai hormat diri yang tinggi ialah bila dia rasa selamat, dikasihi dan dihormati.

Memukul dengan kasar, marah dan menengking akan mencederakan emosinya dan hormat diri yang sedang terbentuk.

Anda tentu tidak mahu anak yang mempunyai hormat diri yang rendah! Terlampau banyak masalah akan timbul bersabit dari ini. Contohnya, ponteng sekolah bila dia sudah besar nanti. Berkawan dengan kawan-kawan yang bermasalah. Malas belajar dan yang paling serius menjadi penagih dadah, buli dan dibuli dan banyak lagi.

OLEH ITU SANGAT BERBALOI UNTUK ANDA BERSABAR SEDIKIT MENANGANI KERENAH MEREKA.
 



PART 4

ANAK 1-2 TAHUN

Dua perkara yang sering merungsingkan ibu bapa mengenai anak-anak pada usia ini.

1- suka mengamuk- tantrum.

Jika anak merampas barang orang lain atau dirampas permainannya oleh budak lain, sila baca perkongsian ibu ini;

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar.

Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:


1- pegang dia seperti dalam gambar ini.

Photo: SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 8 PART 4

ANAK 1-2 TAHUN

Dua perkara yang sering merungsingkan ibu bapa mengenai anak-anak pada usia ini.

1- suka mengamuk- tantrum.

Jika anak merampas barang orang lain atau dirampas permainannya oleh budak lain, sila baca perkongsian ibu ini;

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar.

Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:


1- pegang dia seperti dalam gambar ini.

2- bisikan anda sayang dia dan faham perasaan dia.

3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.

4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang

5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.
2- bisikan anda sayang dia dan faham perasaan dia.

3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.

4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang

5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.



PART 5

ANAK 1-2 TAHUN

Dua perkara yang sering merungsingkan ibu bapa mengenai anak-anak pada usia ini.

2- Menjadi mangsa dirampas barang permainan dan ada juga yang suka merampas mainan anak-anak yang lain.

Ibu pernah menulis di NOTES mengenai perkara ini. Ibu ambil sedutan penulisan ibu itu untuk anda semua. Jika mahu membaca keseluruhan penulisan pergilah ke NOTES dan cari tajuk

Apa Patut Anda Lakukan Jika Anak Dirampas Mainannya atau DiKasari Kawan-kawannya
-------------------------------------------------
'When you are a parent, it is like having your heart out of your body'

'Bila anda menjadi ibu atau bapa, hati anda seolah-olah berada di luar badan anda'

Begitulah dirasakan oleh setiap ibu bapa. Sedih dan pilu rasanya bila anak kita disakiti oleh sesiapa pun. Namun, jika yang menyakitkannya itu adalah sama 'bingung' seperti dia dan masih kecil, tidak sampai hati pula kita hendak memarahinya. Apa tah lagi jika ibu bapanya langung tidak bersungguh-sungguh menghentikan dan mengajar anaknya yang menyakiti anak kita itu. Hendak ditegur kuatir putus persahabatan atau kita tidak mahu disangka berkira. Namun, sakit anak itu memang kita rasa dan pedihnya, tuhan yang tahu. Oleh itu apakah yang boleh kita lakukan?

Sebenarnya, bila anak kecil kita melalui perkara seperti ini, apa yang paling dia rasai ialah dia hilang keberanian dan tidak dikasihi. Oleh itu, ada anak-anak yang akan menangis, ada yang menjadi takut dan ada yang belajar mempertahankan dirinya dengan menjadi pembuli pula.

Langkah yang ibu bapa boleh lakukan ialah ambil anak kecilnya itu dari tempat itu dan belai dan usap dia dan katakan yang dia adalah seorang anak yang baik. Dia dikasihi dan anda sebenarnya sedih melihat orang menyakitinya. Dan anda tidak memarahi kawannya itu sebab dia masih belum faham dan itu adalah tugas ibu bapa kawannya itu. Anda beritahu kepadanya bahawa tugas anda adalah memberi dia faham dan rasa kasih sayang anda.

Mungkin ada yang menyangka, boleh ke bercakap seperti itu dengan anak yang masih kecil baru setahun dua?

Jawapannya, ya. Anak yang di bawah setahun lebih memahami anda kerana mereka tidak berkomunikasi dengan perkataan tetapi intipati perasaan - essence.

Bila mereka merasa essence kasih sayang anda dalam cara anda menangani masalah itu, mereka rasa dikasih dan diri mereka penting untuk ibu bapa mereka. Inilah yang membentuk hormat diri mereka.

Bila anda hanya memendam rasa marah anda bila melihat dia dikasari, perasaan marah yang anda rasakan kepada kawannya itu mungkin disalah fahami olehnya sebagai marah kepada dia. Maka dia merasakan dia tidak cukup untuk dikasihi. Pelikkan? Tapi itulah hakikatnya.

Ambillah masa menerangkan kepada anak. Walaupun mungkin dia belum boleh memahami secara conscious, namun secara tidak conscious dia telah menerima pengprograman kasih sayang itu.

 

PARENTING BIJAK - ANAK 0-1 TAHUN- Day 6/7 - 28 Jun 2013

Part 1

ANAK 0-1 TAHUN

Bayi yang baru lahir masih belum betul-betul nampak. Jika anda lihat anak matanya masih belum jelas. Ini biasa. Jika anda biasa dengan bermain flash card Glenn Doman, semasa ini, anda boleh menggunakan flash card yang hitam dan putih. Warna kontrast ini meransang dan stimulate mata anak anda.

Anak sangat sensitif semasa ini. Jaga pemakanan anda jika anda menyusu badan. Jangan makan makanan yang berangin seperti ubi-ubi terutama jika anda mendapat anak lelaki. Ada satu penyakit yang sering menimpa bayi lelaki, iaitu MEMPASANG. Kebanyakan sebabnya ialah kerana perut sangat berangin. Selain itu, bayi juga mudah terkena COLIC yang menyebabkan perut mereka kembong. Salah satu cara ialah menjauhi makanan yang sejuk, seperti kebanyak sayur, ubi, ais dan buah. Untuk semasa di dalam pantang terutamanya.

Selain itu anda juga tidak elok mendedahkan bayi yang baru lahir dengan angin malam.


Part 2

Kebanyakan bayi akan terkena Jaundice. Iaitu badannya akan berwarna kuning. Oleh itu perhatikan lidah dan mata bayi yang baru lahir. Jika tidak begitu serius, anda boleh membawanya berjemur dengan cahaya matahari pagi untuk 20 minit setiap hari sehingga kuning itu hilang. Jika seluruh badan sudah kuning, SEGERA bawa berjumpa doktor. Jaundice ada kaitan dengan hati.

A common condition in newborns, jaundice refers to the yellow color of the skin and whites of the eyes caused by excess bilirubin in the blood. Bilirubin is produced by the normal breakdown of red blood cells.

Normally, bilirubin passes through the liver and is excreted as bile through the intestines. Jaundice occurs when bilirubin builds up faster than a newborn's liver can break it down and pass it from the body. Reasons for this include:

Newborns make more bilirubin than adults do since they have more turnover of red blood cells.
A newborn baby's still-developing liver may not yet be able to remove adequate bilirubin from the blood.
Too large an amount of bilirubin is reabsorbed from the intestines before the baby gets rid of it in the stool.


Part 3

ANAK UMUR 0-1 TAHUN

Bila sudah mencecah usia 3 bulan, baby akan mula mahu tumbuh gigi. Mungkin pada ketika ini dia akan nampak macam bermain dengan ai liur. Anda jangan pula risau dan merasakan dia kurang ajar bila melihat dia 'spit'. Ini tidak ada kaitan langsung dengan kurang ajar. Itu sebenarnya dia sedang berlatih untuk menggunakan lidah dan mulut dan muka untuk menyebut perkataan.

Pada usia ini anda tidak lagi boleh memberi dia makanan selain daripada susu.
 


Part 4

Bila anak mencapai usia 5 ke 6 bulan, dia akan suka mencampak barang. Ini juga tidak ada kaitan dengan kurang ajar. Stage ini sangat penting kerana anak anda sedang belajar mengguatkan motor skilnya.

Pada usia ini bayi anda mungkin sudah mula merangkak atau duduk. Oleh itu eloklah di ' baby safe' rumah anda agar tidak perlu melarang anak senantiasa. Jauhkan benda-benda yang bahaya seperti benda tajam dan mudah pecah. Letaklah perhiasan anda di dalam almari atau di tempat yang tinggi. Tutup semua powerpoint dan letakkan penghadang seperti kerusi dsbnya.

Terdapat juga ibu bapa yang lebih mementingkan perhiasan rumah dan asyik melarang baby yang masih kecil itu untuk memegang itu dan ini. Pukul tanganlah, jeritlah dan sebagainya. Mereka ini menempah untuk anak itu akan menjadi anak yang suka mengamuk bila sampai usia 1 tahun keatas. Selain itu mereka ini SEDANG MEMATIKAN SEMANGAT ANAK MEREKA DAN MENJADIKAN ANAK MEREKA TIDAK BERKEYAKINAN DIRI YANG TINGGI!
 


Part 5

Pada usia ini anak masih boleh nampak benda ghaib kerana hijab belum di tutup sepenuhnya. Maka mungkin anda akan nampak dia ketawa seorang atau kelihatan seperti bermain dengan sesaorang yang anda tak nampak. Janganlah takut pula atau menyangka anak anda tidak normal. Itu jugalah yang menyebabkan tidak elok dibawa anak-anak kecil bersiar-siar sewaktu maghrib.

Ada pula ibu bapa yang membawa anak kecil mereka ke tempat-tempat yang tidak sesuai untuk anak kecil. Contohnya ke FORMULA 1, JAPAN GT dan sewaktu dengannya. Tempat-tempat begini selain ianya tidak selesa untuk baby, bunyi bisingnya boleh menyebabkan kerosakan pada telinga baby yang masih baru.

Selain daripada itu baby sangat memerlukan rutin dan tidur yang merehatkan untuk pertumbuhan fizikal yang baik.
 



Anak pada usia ini suka sangat mengambil benda dan memasukkan ke dalam mulut. Ini adalah perkara biasa. Ketahuilah sebenarnya manusia memerlukan 5 cara untuk informasi masuk ke dalam otak kita. Itu dengan menggunakan 5 deria kita. Salah satu deria itu ialah RASA dengan LIDAH. Ini dipanggil GUSTATORY. Bila anak kecil memasukan benda ke dalam mulut, mereka sedang merangsang deria ini. JANGAN RAMPAS BENDA DARIPADANYA NANTI DIA AKAN SUKA MERAMPAS! Jika benda itu bahaya untuk dimasukkan ke dalam mulut, AMBIL BENDA YANG TIDAK BAHAYA, PEGANG TANGANNYA YANG ADA BENDA BAHAYA ITU supaya dia tidak masukkan ke dalam mulut, DENGAN LEMBUT TAPI TEGAS DAN SENYUM, BERITAHU INI BAHAYA, YANG INI SELAMAT sambil memberi yang selamat itu dan beri masa untuk dia ambil yang selamat itu.
 

Ramai ibu bapa tersilap faham menyangkakan anak yang masih kecil ini tidak tahu apa-apa. Sebenarnya anak ini sangat tahu dan bukan bekas kosong. Anak pada usia ini mahu membuat pilihan sendiri, mereka memang banyak berkomunikasi dengan kita dari segi bunyi dan pergerakan mata.

Pada usia ini anda sudah perlu untuk merangsang pertumbuhan diri fizikalnya, mentalnya, emosinya dan jiwa nya.

Diri fizikal - berilah anak itu bergerak dengan mudah. Jaga pemakanannya. Beri rehat yang cukup.

Minda - Banyakkan bermain dengan anak. Bercakap. Memberi dia memilih dengan meletakkan dua atau tiga barang di depannya dan minta dia ambil satu. Bacakan buku cerita. Nyanyi dan timang dia untuk merangsang oleknya.

Emosi - Banyakkan memeluk, menyebut anda sayangkan dia, membelai, melayan dia dengan penuh mesra.

Jiwa - Oh, ini sangat best. Anak yang baru lahir datang dari syurga. Mereka masih ingat tujuan mereka datang ke dunia ini. Maka anda boleh menguatkan jiwa mereka dengan membaca Al-Quran. Bawa dia berjalan diluar dan dekatkan dia dengan nature. Bila solat, letakkan anak itu dekat dengan anda. Walaupun dia sedang tidur. Semasa tidur, biarkan bacaaan Al-Quran berkumandang dengan tahap volume yang sesuai untuk telinga baby.

This first one year is very important stage.
 


SOALAN :

Ibu menerima soalan ini - SAYA SERING DIMAKI HAMUN DAN DITENGKING SUAMI. SAYA SEDANG MENGANDUNG ANAK KEDUA. DAN ANAK YANG PERTAMA TIDAK BERHENTI MENANGIS WALAUPUN SUDAH LEBIH SETAHUN, MASIH KUAT MENANGIS. RASA, MACAM NAK CAMPAK ANAK. ADAKAH SAYA MEROYAN IBU?

Sebak hati ibu bila membaca soalan ini. Jika ibu sampai tangan ini, ingin ibu peluk ibu muda ini. Sayu hati ibu kerana memikirkan mengapalah suaminya sering memaki hamun.

Sebelum ada yang tersilap faham, BUKAN SEMUA SUAMI BEGINI! JANGAN PULA CEPAT PULA MENUDUH PARA SUAMI. RAMAI YANG BAIK DAN BERTANGGUNG-JAWAB.

NAMUN, TIDAK DINAFIKAN ADA SEGELINTIR YANG TIDAK MAHU FAHAM PERANAN MEREKA SEBAGAI SUAMI. HATI IBU YANG SEBAK INI BERTANYA, MENGAPA BUAT BEGITU KEPADA ORANG YANG MEREKA KATA MEREKA KASIH? APA YANG HENDAK DICAPAI DENGAN KESOMBONGAN BEGITU? TIDAKKAH MEREKA INI TAKUT DENGAN BALASAN ALLAH?

IBU DOAKAN SUAMI-SUAMI SEPERTI INI AKAN CEPAT SEDAR DIRI. YA, ALLAH, MAKBULKANLAH.

DAN IBU DOAKAN PARA SUAMI YANG PRIHATIN DAN MENJAGA ISTERI DAN KELUARGA DENGAN BAIK, AGAR ALLAH TAMBAH LAGI REZEKI MEREKA MELIMPAH RUAH DAN ALLAH BERI BALASAN YANG SANGAT BAIK UNTUK MEREKA DI DUNIA DAN AKHIRAT.

JAWAPAN ibu kepada ibu muda itu...

Payah untuk mengatakan bahawa puan meroyan atau tidak. Apa yang pasti ialah emosi puan terganggu disebabkan kurangnya kerjasama dan juga kerana menerima maki hamun suami.
Anak puan banyak menangis kerana dia boleh merasakan puan mempunyai masalah tekanan emosi. Anak puan boleh merasakannya.
Ibu sarankan, jika suami kurang membantu, selepas beranak anak yang kedua ini, puan perlu berehat dahulu dan puan perlu kuatkan diri dan emosi. Puan perlu jaga kesihatan kerana bila badan lebih sihat dan kuat, puan boleh berfikiran waras. Please be wise dan jangan ikut perasaan dan kehendak yang tiada berpijak di bumi nyata. Maksud ibu, jika puan diminta beranak terlampau kerap, bincanglah dengan dr. supaya dr. boleh menasihatkan suami puan supaya memberi puan berihat.

Jangan dilawan suami puan. Jaga perangai puan dan berhemahlah bila mendidik dia. BANYAKKAN BERDOA DAN BERISTIFAR SERTA JANGAN LUPA BERSYUKUR. Pada masa suami puan baik, ucapkanlah terima kasih supaya dia faham puan suka dilayan dengan baik begitu. Jika di dalam hatinya ada kesedaran dia akan faham.

Untuk sekarang ini, puan perlu banyak beristigfar dan bersolat. Minta Allah tenangkan fikiran puan. Puan ubahlah pandangan puan terhadap anak puan daripada beban kepada puan kepada anugerah yang sangat baik dpd Allah. Cakapkanlah puan sayang kepadanya banyak-banyak kali. Minta maaf kepadanya kerana puan selalu sangat merasakan dia membebankan puan. Jika puan buat betul-betul, InsyaAllah puan akan segera melihatkan perubahannya.

Setiap hari pergi di hadapan cermin dan katakan, saya seorang wanita yang berupaya tinggi. Saya seorang ibu yang sabar dan sayangkan anak-anak. Saya layak mempunyai suami yang melayan saya dengan baik. Sebutlah 10 kali sehari. Semoga ini menjadi doa yang akan dimakbulkan. Jika buat betul-betul dan puan mencari bukti peningkatan, tentu puan akan melihat perubahan yang sangat ketara. Bila nampak perubahan buatlah sujud syukur jangan pandang remeh perubahan yang sedikit. SEMUA YANG BANYAK BERMULA DENGAN SEDIKIT.

Salam Kasih - Ibu Rose