Baru –baru ini kita dikejutkan dengan berita mengenai anak-anak yang baru umur setahun jagung, masih dalam berbaju raya, menonton video porno di Cyber CafĂ©. Berbagai komen yang diberi.
Salah seorang daripada ahli kita telah menghantarkan link itu kepada ibu meminta ibu memberi komen. Namun, disebabkan kesibukan yang amat sangat, cuma hari ini Ibu dapat memberi komen ibu mengenai perkara itu. Harap bersabar di dalam membaca komen ibu ini, kerana ianya panjang dan bersambung
Sesuatu yang perlu kita faham mengenai umur 9-12 tahun ini. Anak-anak mula untuk menjadi seorang remaja. Mereka mula mempunyai perasaan yang agak ganjil di dalam diri mereka. Mereka mula minat kepada jantina lain dan mula igin tahu perkara yang lebih intim.
Pada usia anak 4-5 tahun, dia akan mengalami satu perasaan hendak tahu mengenai badan dan anggota terutamnya anggota sulit. Apatah lagi jika dia tidak pernah melihat anggota sulit jantina lain.
Anak pada usia ini akan mahu tahu dan explore. Pernah ada seorang ibu dengan resah dan cemas menulis kepada ibu mengenai anak perempuannya yang 4 tahun menghisab kemaluan adik lelakinya yang masih baby. Ibu muda itu risau hingga menangis menyangka anak perempuannya melakukan perkara sumbang.
Ibu lalu memberitahu bahawa, anak sekecil itu tidak gila seks. Dia cuma ‘curious’. Kemungkinan dia melihat kemaluan adik lelakinya dan menyangka itu ada seperti puting susu ibunya. Lalu dia menghisabnya. Lalu menjadi sangat kaget melihat kemaluan adiknya menjadi tegang.
Jika anda kenal dan tahu mana-mana ibu dan bapa yang mengalami situasi yang sama dan mereka menjadi gelabah, nyatakan kepada mereka, bertenanglah, kelakuan anak mereka itu tidak langsung berkait dengan gila seks KECUALILAH, jika anak itu terdedah dengan video lucah!
PART 2
Pada usia 9, 10 -12 tahun, perasaan mahu mengetahui memahami badan itu timbul sekali lagi. Tapi kali ini sudah ada perasaan ghairah.
Jika ibu bapa mengambil masa untuk menerangkan kepada anak-anak mereka mengenai perubahan yang berlaku di dalam diri anak mereka itu dan tidak memberi dia berasa dia pelik, maka anak ini akan tenang dan tidak anak sbuk untuk bertanya daripada kawan-kawan.
Kembali kepada kanak-kanak yang didapati melihat video lucah pada hari raya itu. Sebenarnya, bila ibu bapa atau orang dewasa menjumpa mereka melakukan perkara itu perlu sangat untuk bertenang dan memberi nasihat kepada mereka dengan cara berasingan dan dengan baik.
Kenapa berasingan? Kerana ini memberi ruang untuk anak itu dirapati. Kenapa dengan baik dan tidak terus marah dan tampar saja anak-anak itu? Kerana perkara ini amat besar kesannya pada hidup anak itu.
Bila anak-anak ini diterus dimarah dan dimalukan, maka mereka akan mengaitkan seks itu dengan perkara yang jahat. Maka, inilah yang akan mereka lakukan kerana mereka telah mengambil imej diri sebagai seorang yang jahat.
PART 3
Jalan yang terbaik didalam menyelesaikan hal seperti ini ialah, ibu bapa perlu menyedari, bila anak-anak telah tersasar begini, ini bermaksud, parenting anda selama hari ini tidak memberi kesedaran untuk menjauh perbuatan seperti ini. Anda tidak menyediakan anak-anak akan perubahan yang bakal terjadi di dalam dirinya pada usia sebegini.
Saranan Ibu, dekatilah isu dengan dengan bijak dan tenang. Beri kefahaman untuk anak itu menjauhi perbuatan menonton video atau melihat benda-benda lucah itu. Jika anda itu baru diperkenalkan oleh kawan-kawanya dan pertalian anda dengan dia kuat, maka ianya agak mudah. Jika dia telah lama hanyut dan pertalian anda dengan anak anda tidak baik, maka perbaikilah pertalian itu dan perbaikilah sikap anda sambil memperbaiki tabiat anak anda itu.
Jangan sekali hanya memandang salah anak dan lupa untuk melihat apa yang perlu diperbaiki didalam keibubapaan anda.