Thursday, 18 December 2014

Fb Warga Prihatin: PETUA MENJADI IBUBAPA, ABANG KAKAK YANG TENANG DAN REDHA


PETUA MENJADI IBUBAPA, ABANG KAKAK YANG TENANG DAN REDHA

Ada pembaca yang mengadu merasa tertekan dengan karenah ibubapa dan abang kakak mereka. Masing-masing asyik mengungkit-ungkit jasa terhadap mereka katanya. Habis sahaja belajar sudah ditagih sumbangan terhadap ibu bapa sekian-sekian banyaknya sampai untuk belanja sendiri hidup di KL ini pun tidak cukup. Akhirnya terpaksa menyewa bilik dan naik bas sahaja. Gaji bulanan semua sudah di'tempah'.

Waktu itu si ayah ada pendapatan, masih kuat dan bertenaga. Abang dan kakak juga masih bertenaga. Agak stress juga bila masing-masing memberikan tekanan untuk menghulurkan bantuan kewangan yang tidak seberapa sebab baru sahaja tamat pengajian dan mula bekerja. Yang diminta pula bukan untuk keperluan, tapi lebih kepada memenuhi selera. Ada yang pinjam duit nak bayar pendahuluan beli kereta, ada yang nak besarkan rumah dan sebagainya.

Friday, 13 December 2013

10 Tips berguna dari Child Psychiatrist

Sumber asal Klik Di Sini

Sebenarnya aku berfikir panjangggggggg nak update pasal benda ni.
Dah lama sebenarnya rasa nak share.
Sejak 4 bulan lepas lagi.
Tapi bila nak share je mesti rasa macam malu la, takut ada orang terasa la, takut orang misinterpret la, takut orang ingat macam bagus la.
 Macam-macam.
Tapi lama-lama aku fikir, semuanya bergantung kepada niat.
Kalau niat nak sebarkan manfaat, ok je kan?
Apa orang nak fikir, lantakkan lah.
Yang penting, DAPAT SEBARKAN MANFAAT.
Tu je.

Amboi mukaddimah dia.
Macam.
Bagus.
Je.
Puih.
:D
Sebenarnya kan,
Beberapa bulan sebelum Haikal genap 2 tahun hari tu, kitorang ada jumpa Child Psychiatrist. 
Nama dia Dr. Sherine. Kalau kat Penang ni, Dr. Sherine ni memang well-known la. Korang boleh jumpa dia kat Hospital Gleneagles, Penang.
Kepada yang tak tahu, Child Psychiatrist ni ialah pakar brain development dan behavior kanak-kanak. Macam kalau dia tengok perangai sekian-sekian, dia dah boleh tahu apa masalah budak tu.
Gitu.
 
Aku rasa macam tak perlu kot nak explain kat sini kenapa kitorang bawak Haikal jumpa Child Psychiatrist tu. Macam complicated pulak nak cerita sebab musabab nya.

So kita skip cerita tu.
Boleh naa?

Yang aku nak share kat sini ialah..
masa kitorang jumpa Dr. Sherine tu ada banyak sangat input yang berguna dia bagi.

Terutama anak-anak yang umur  0-3 years old. 
Seriously berguna like hell.
In fact aku dah praktikkan beberapa tips yang doktor tu bagi.
Dan Alhamdulillah memang berkesan. =)

Ok aku buat dalam point form la eh.
Senang korang nak hadam.
1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin. 

Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.



2. Don't expose to too much things in a box. 
"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T
Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. 
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. 
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D
So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?
Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"
Gitu.
Takut aku. :D
Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,
"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."
"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."
"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."
Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:
Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
 So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik. 
So brain development pon berlaku dengan baik.
 
Gitu.
Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T

3) Stimulate their imitation skills.
Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.
So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
 Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

Gitu.
Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).
Part ni aku terkedu.
Sebab Haikal memang tak merangkak langsung.
Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk.
Lepas duduk terus berdiri dan berjalan.
T___T

Tapi takpe. Dr. Sherine kata masih belum terlambat.
So sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger.
Sebab nak suruh dia merangkak. Kahkah.

Bila anak jadi tiger, mak pon kena jadi tiger jugak ok.
Imitation skill. Ingat tu.
Tapi sorry gambar aku jadi tiger takde.
Garang sangat. Kang korang takut. ;D


4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.
Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.

Padahal aku pon banyak je belikan Haikal mainan otromen. T_T
Siap nak tidur pon, Haikal akan selimutkan otromen.
Mama dia dapat selimut sipi-sipi, sikit pon Haikal tak peduli. -..-


5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.
Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!" 
bukan 
"That is elephant!"
atau 
"Wow u see that big elephant?"
Camtu.
Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.
Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,
"Eat." 
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."
"Sit."
bukan 
"Come and sit beside Mama" 
atau,
"Sit and keep quiet."
Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.
6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.
Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.
Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D
Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, 
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.
Gitu.
7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.
Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan??
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.
Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, 
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.

Kalau anak kau baring, kau pon kena baring.
Punya gigih nak mata satu level tadi kan. -..-


8) Overly-attached to one person is not a good sign.
Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.
9) Bila bermain, follow his interest. 
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Gitu.
Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.
Haruslah dimarahin dong.

10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.
Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.
Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"

Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam
 "Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"
Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab. 
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.
Ok tu je 10 tips yang dapat dikongsi.
Lagi sekali, tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles.
Bukan keluar dari mulut aku ye.Bukan aku reka ke apa.
Cuma aku tulis ni ikut bahasa aku la kan. Supaya korang pon senang nak faham.
Niat aku satu je. 
Nak share supaya korang pon sama-sama dapat manfaat.
Sebab seriously semua tips ni aku dah try dan setakat ni Alhamdulillah,
aku nampak kesan positif pada Haikal.
Kesan dia sangat drastik ok.
Sebab budak 0-3 y.o. ni development diorang memang lajuuuuuu.
So korang kena cepat praktikkan tips-tips di atas. =)
Tapi of course semuanya berlaku dengan izin Allah.
Tapi tak salah kita ikhtiar yang terbaik dan termampu.
Part usaha, doa, tawakkal tu kan tugas kita.
InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita.
Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha bhai..

Monday, 2 September 2013

PARENTING BIJAK FB Day 15 - UMUR 9 -12 TAHUN

 PART 1

Baru –baru ini kita dikejutkan dengan berita mengenai anak-anak yang baru umur setahun jagung, masih dalam berbaju raya, menonton video porno di Cyber CafĂ©. Berbagai komen yang diberi.
Salah seorang daripada ahli kita telah menghantarkan link itu kepada ibu meminta ibu memberi komen. Namun, disebabkan kesibukan yang amat sangat, cuma hari ini Ibu dapat memberi komen ibu mengenai perkara itu. Harap bersabar di dalam membaca komen ibu ini, kerana ianya panjang dan bersambung
Sesuatu yang perlu kita faham mengenai umur 9-12 tahun ini. Anak-anak mula untuk menjadi seorang remaja. Mereka mula mempunyai perasaan yang agak ganjil di dalam diri mereka. Mereka mula minat kepada jantina lain dan mula igin tahu perkara yang lebih intim.

Pada usia anak 4-5 tahun, dia akan mengalami satu perasaan hendak tahu mengenai badan dan anggota terutamnya anggota sulit. Apatah lagi jika dia tidak pernah melihat anggota sulit jantina lain.

Anak pada usia ini akan mahu tahu dan explore. Pernah ada seorang ibu dengan resah dan cemas menulis kepada ibu mengenai anak perempuannya yang 4 tahun menghisab kemaluan adik lelakinya yang masih baby. Ibu muda itu risau hingga menangis menyangka anak perempuannya melakukan perkara sumbang.

Ibu lalu memberitahu bahawa, anak sekecil itu tidak gila seks. Dia cuma ‘curious’. Kemungkinan dia melihat kemaluan adik lelakinya dan menyangka itu ada seperti puting susu ibunya. Lalu dia menghisabnya. Lalu menjadi sangat kaget melihat kemaluan adiknya menjadi tegang.

Jika anda kenal dan tahu mana-mana ibu dan bapa yang mengalami situasi yang sama dan mereka menjadi gelabah, nyatakan kepada mereka, bertenanglah, kelakuan anak mereka itu tidak langsung berkait dengan gila seks KECUALILAH, jika anak itu terdedah dengan video lucah!


PART 2

Pada usia 9, 10 -12 tahun, perasaan mahu mengetahui memahami badan itu timbul sekali lagi. Tapi kali ini sudah ada perasaan ghairah.

Jika ibu bapa mengambil masa untuk menerangkan kepada anak-anak mereka mengenai perubahan yang berlaku di dalam diri anak mereka itu dan tidak memberi dia berasa dia pelik, maka anak ini akan tenang dan tidak anak sbuk untuk bertanya daripada kawan-kawan.

Kembali kepada kanak-kanak yang didapati melihat video lucah pada hari raya itu. Sebenarnya, bila ibu bapa atau orang dewasa menjumpa mereka melakukan perkara itu perlu sangat untuk bertenang dan memberi nasihat kepada mereka dengan cara berasingan dan dengan baik.

Kenapa berasingan? Kerana ini memberi ruang untuk anak itu dirapati. Kenapa dengan baik dan tidak terus marah dan tampar saja anak-anak itu? Kerana perkara ini amat besar kesannya pada hidup anak itu.

Bila anak-anak ini diterus dimarah dan dimalukan, maka mereka akan mengaitkan seks itu dengan perkara yang jahat. Maka, inilah yang akan mereka lakukan kerana mereka telah mengambil imej diri sebagai seorang yang jahat.


PART 3

Jalan yang terbaik didalam menyelesaikan hal seperti ini ialah, ibu bapa perlu menyedari, bila anak-anak telah tersasar begini, ini bermaksud, parenting anda selama hari ini tidak memberi kesedaran untuk menjauh perbuatan seperti ini. Anda tidak menyediakan anak-anak akan perubahan yang bakal terjadi di dalam dirinya pada usia sebegini.

Saranan Ibu, dekatilah isu dengan dengan bijak dan tenang. Beri kefahaman untuk anak itu menjauhi perbuatan menonton video atau melihat benda-benda lucah itu. Jika anda itu baru diperkenalkan oleh kawan-kawanya dan pertalian anda dengan dia kuat, maka ianya agak mudah. Jika dia telah lama hanyut dan pertalian anda dengan anak anda tidak baik, maka perbaikilah pertalian itu dan perbaikilah sikap anda sambil memperbaiki tabiat anak anda itu.

Jangan sekali hanya memandang salah anak dan lupa untuk melihat apa yang perlu diperbaiki didalam keibubapaan anda.

PART 4

Anak yang berusia 10-12 tahun memerlukan anda memberi kepercayaan kepada dirinya. Jika pertalian anda dengannya sudah kuat sejak dia kecil, dimana pertalian itu ialah dua hala, maka anda tidak akan menghadapi banyak sangat cabaran dari segi berbincang. Tetapi jika selama hari ini, pertalian anda ialah, mak saja betul atau ayah saja betul. Atau, sebab mak suruh atau sebab ayah suruh, maka anda akan mendapati anak anda akan melawan cakap anda.

‘Rapport’ adalah sesuatu yang sangat penting didalam pertalian kita dengan remaja kita. Bagi remaja, mereka tidak kisah banyak mana anda tahu, sehingga mereka tahu sebanyak mana anda kisah akan diri mereka.

Anak pada usai ini akan mula melawan atau memprotes dengan cara senyap atau nyata. Ini adalah usia yang menzahirkan apa yang anda telah tanam di dalam minda dan pertalian anda berdua selama hari ini.

Jika semasa remaja anda kecil, anda sering memberi dia merasakan dia tidak cukup baik, jarang memberi penghargaan, jarang menghargai buah fikirannya dan tidak memberi dia membuat pilihan, masa inilah anda akan melihat mereka menjadi anak yang mula melawan kata.


 

ANDA BERTANYA IBU ROSE MENJAWAB;

Soalan:

1) Nur Idayu Rosni
Adik xnak berkongsi dengan kakak.asyik mahu berebut

2) Ziana Ilham
Anak yang terlalu manja.

3) Abby Sani
Anak yg tlalu obses dgn tab dan tv...dan bile nampak mainan xkan berganjak selagi xdpt...

4) Anak2 yg suka mnyalahkn ibubapa,kadang2 ibupapa pula ego utk meminta maaf kpd anak2

-----------------------------------------

Jawapan:

1) Pada usia dibawah 3 tahun, anak-anak kecil belum pandai berkongsi. Mereka memang kedekut (possessive). Jangan putus asa untuk menerangkan dan memberitahu mereka untuk berkongsi. Mungkin mereka tidak lagi faham, tapi bila mereka telah mencecah 4 tahun, jika anda telah sabar mendidik untuk mereka berkongsi, maka mereka akan pandai berkongsi.
Anak suka berebut dan berkelahi, bila mereka merasakan ada ketidakadilan didalam cara mereka dilayan. Jika anak sudah melebihi 5 tahun dan asyik berkelahi, maka anda perlu melihat adakah mereka sering melihat perkelahian di dalam perhubungan anda suami isteri atau daripada TV atau orang yang rapat dengan mereka? Adakah ianya timbul dari rasa tidak puan hati kerana terlalu sering dibanding-bandingkan?

2) Anak terlalu manja kerana ada orang yang memanjakan. Siapakan orang itu? Manja anak itu macamana? adakah dia mahu semua orang ikut cakap dia kalau tidak meragam atau merajuk? Jika itulah tektiknya, tidak perlu dilayan lebih-lebih. Setiap kali anak merajuk, nyatakan anda sayangkan dia, namun anda tidak perlu ikut semua kehendaknya.

3) Anak kecil ketagihan ipad kerana pada awalnya tidak dihadkan penggunaan ipad dan penontonan TV. Ambil kawalan anda kembali, sekarang limit masa menonton dan menggunakan ipad. Ajak buat aktiviti yang menyeronokan. Sila pergi ke website ini untuk idea

Learn with Play at home: Top 10 Favourite Kids Activities from 2012
www.learnwithplayathome.com

4) Jika anak-anak suak menyalahkan ibu bapa, ini petunjuk tidak ada hormat di dalam pertalian itu. Ini adalah bibit negatif yang mula timbul didalam pertalian ibu bapa dan anak-anak itu. Take a deep breath, lihat kembali apa yang telah selalu dibuat; adakah anda cepat menyalahkan anak semasa anak anda kecil dahulu. Cepat memukul dan menjerit marah-marah dengan anak bila ada yang tidak kena. BERISTIGFAR. Minta maaf dengan Allah kerana anda tersalah jaga anugerahnya itu. Segala perbuatan itu mencalar EQ anak yang kini bila sudah besar, sudah berani melawan dan menyalahkan ibu bapa. BERISTIGFAR dan minta Allah lembutkan hati anak dan ibu bapa pula kena tekan ego sehingga terpenyet, supaya hati lembut meminta maaf dan memperbetulkan pertalian.

Tuesday, 27 August 2013

Tips to train a baby

I love to share this with all of you. A new mother asked a wonderful question and one of us here answer the question with so much wisdom and love. Enjoy their conversation and take what is useful for you. Love, IBU ROSE
--------------------------------------------------
Masitah Zein

Can anyone share tips to train a baby? I have a 4mnths old baby, sekarang sudah ade habbit utk menangis to get attention/something/to be held. Cth kalo sy pgg fon n he wants it tp tak kasi dea akan trus menjerit (thus i NO longer hold hp when playing with him) or when baru lps dukung/main2 n nk letak because kita nk pi toilet ke, nk tuka pampers ke mesti menangis kuat2 n bile trus dukung he just straight away laugh.. is that normal for baby? or if not how do i train him not to cry? for d time being i just follow wuteva he wants, thus babai to laundry n cooking n cleaning (or m i just being ridiculous?? m a working new mommy who needs guidance ')
Like · · 23 August at 15:29
---------------------------------------------------
Ai Miyaura helped to answer.

Hi! just to share my knowledge.
I have a son 1 year 3 months.

Firstly, your baby is fine and it's normal.
Baby at this age has develop his emotion, when he's happy he would laugh out loud, when he's feeling joyous he's smile more. And of course since he is more expressive, when he feels insecure, he will protest more. Furthermore, he's diaphragm and abdominal muscles are more developed that's why his voice is louder. And the variation in his voice is more. He probably can use higher pitch voice etc.

For babies, everything is something new and unknown, so he is insecure.
The only place that he feels secure is in mama's chest.
It may be tough for mama but hold him gently, talk to him while rubbing him, sing him songs, make him feel secure.
If mama is feeling irritated or agitated, that feeling will transfer to baby. So firstly, please make sure mama is relaxed.
When you want to go to the toilet,tell your baby that "Mama will go to the toilet just for a while.It is going to be alright"
If possible,put him in the place where he can see you.

As for housework, let's try to do it when baby is sleeping.
It may be very though but this is only now.
After a few months, all of these will be sweet memories.
Babies grow up very fast.

And 1 more thing I would like to advice is, you don't have to do all the house work perfectly.
You are working as well right? Things that you don't need to do, don't do. Ask your husband to help you whenever he can. Make sure you give yourself enough rest.
Relax and let's enjoy raising child. ^^
24 August at 00:55

TIP ASAS MENGURUSKAN BAYI BARU LAHIR


Khas untuk ibubapa yang bakal menimang cahaya mata dan juga yang baru menimang cahaya mata, ini adalah tip daripada Bapa Bijak, Melastik Bintang mengenai tip asas menguruskan bayi baru lahir. Semoga membantu!

-admin
------------------------------------------------------------------------------------
TIP ASAS MENGURUSKAN BAYI BARU LAHIR

Jika anda tidak menghabiskan banyak masa dengan bayi anda yang baru lahir, dikhuatiri boleh mendatangkan sifat ketakutan kepada anda untuk menguruskan bayi anda akibat tidak biasa dengan bayi anda. Oleh sebab itu ada beberapa perkara yang anda perlu anda ingat semasa menguruskan bayi anda:

1. JAGA KEBERSIHAN

Cuci tangan anda (atau menggunakan sanitizer tangan) sebelum menguruskan bayi anda yang baru lahir. Bayi yang baru lahir tidak dapat membina sistem imun yang kuat semasa waktu ini, jadi mereka mudah terdedah kepada jangkitan. Pastikan juga bahawa semua orang yang ingin memegang bayi anda juga perlu mencuci tangan terlebih dulu.

2. CERMAT KETIKA MEMEGANG KEPALA BAYI
Berhati-hati semasa menampung kepala dan leher bayi anda. Anda perlu menampung kepala bayi anda apabila membawa atau mendukungnya dan juga perlu menyokong kepala bayi anda apabila mendukung bayi anda secara tegak atau apabila anda meletakkan dia ke bawah. Leher bayi amat lembut dan kecil jadi perlu berhati-hati semasa mendukungnya.

3. BERHATI-HATI SEMASA MENGENDALIKAN BAYI

Berhati-hati supaya tidak menggoncangkan bayi anda. Harus diingat, gegaran yang kuat boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak dan juga kematian. Jika anda perlu mengejutkan bayi anda dari tidur, jangan melakukannya dengan menggoncang badannya. Sebaliknya, geletek kaki bayi anda atau tiup perlahan-lahan pipi bayi anda.

4. GUNAKAN PERALATAN YANG DILULUSKAN UNTUK KESELAMATAN BAYI

Pastikan bayi anda diletakkan di dalam carrier, stroller atau carseat dengan betul dan selamat. Kemudian elakkan daripada aktiviti yang kasar atau perkara yang boleh mengundang bahaya.

5. BERMAIN DENGAN LEMBUT DENGAN BAYI

Ingat bahawa bayi anda belum bersedia lagi untuk bermain secara lasak lagi kerana tubuh badan bayi yang baru lahir amat lembut disebabkan itu juga ada di antara ibu dan bapa yang takut-takut untuk memegang bayi mereka yang baru lahir.

Diharapkan sedikit sebanyak tips ini dapat membantu mereka yang ada rasa ragu-ragu dan ketakutan untuk menguruskan bayi anda yang baru lahir, maklumlah bayi yang masih lagi kecil dan lembut tubuh badannya. Jika kita tidak berhati-hati semasa menguruskannya kemungkinan akan berlaku perkara yang merbahaya atau tidak diingini.

Sumber: http://www.melastikbintang.com/tips-keluarga/tips-asas-menguruskan-bayi-baru-lahir.html

SEX EDUCATION FOR KIDS

This is a very good to watch. Take some time and watch this. Ibu highly recommend it.
 
 
Just withdraw 10 mins from your busy schedule and do watch this video, Like it and Share it...
It may help Parents to teach their childrens about the sex education. Its useful...

Thanking You

Regards,
UBC Team