Wednesday, 12 June 2013

MENGAPA ANAK-ANAK SEKARANG LEBIH AGRESIF? Atau sebenarnya mereka itu LEBIH EKSPRESIF!

 

Salam Semua,

Alhamdulillah, pagi ini Ibu mempunyai sedikit masa. Ibu sedang di dalam kereta ke Kedah untuk mengendalikan Kursus di sana. Hubby memandu, maka ibu bolehlah menulis kepada sayang semua.
Maaf kerana lama menunggu mengenai jawapan kepada isu anak-anak kecil yang suka menjerit-jerit, mengigit-gigit dan memukul diri sendiri atau orang lain.
Sekarang mari kita mulakan perkongsian. Sebenarnya, pada usia 1 tahun hingga 3 tahun dan mungkin membawa ke 4, 5, 6 tahun adalah usia dimana anak-anak mula mengekpresikan diri mereka. Mereka mahu memberitahu apa yang mereka rasa dan mahu. Namun, oleh kerana mereka tidak pandai bertutur lagi ( bagi yang 1-2 tahun) maka mereka melakukannya melalui pergerakan dan aksi. Sebelum ini mereka melakukan melalui tangisan sahaja. Oleh itu ibu bapa perlu memerhatikan apakah maksud pergerakan mereka itu.

Beberapa perkara yang perlu kita fahami;
1)   Jika ada anak 1 hingga 2 tahun yang kelihatan mahu memukul anak lain, jangan cepat bersangka buruk kepadanya. Selalunya dia mahu memegang dan mengusap anak kecil itu kerana melihat orang lain melakukan perkara seperti itu. Namun, pada usia sebegini mereka belum pandai mengawal kekuatan tangan mereka, maka adakalanya jadi terlebih kasar. Apa yang ibu selalu lakukan pada anak-anak kecil sebegini, ibu tolong pegang  tangan mereka dan tolong dia mengawal tangannya supaya dia boleh mengusap baby kecil itu sambil mengatakan; ‘gently, gently…’ atau ‘ perlahan-perlahan…’ Jika anda cepat marah dengannya, maka dia akan hilang keyakinan dirinya dan membentuk kepercayaan diri yang negatif di dalamnya. Contohnya “ Saya ini tidak berguna”.

2)   Setiap generasi mempunyai karacter yang berbeza. Contohnya generasi X, Y, Z dan mellinia berbeza dari segi trait dan karakter mereka. Kebanyakan Gen Mellinia ini lebih ekspresi. Selalu dikatakan degil, keras kepala dan suka menunjuk perasaan, memberontak dan lebih berani mengeluarkan pendapat mereka. Mengapa mereka begitu memang ada dan banyak sebabnya. Namun, ibu tidak mahu membincangkan di sini kerana ibu telah menulis mengenai ini sebelum ini. Sila lihat blog ibu sebelum ini.

3)   Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan cara terbaik menangani anak-anak Gen Mil ini. Ramai yang masih menggunakan skil parenting semalam untuk menangani Gen Mil ini. Contohnya, menyuruh anak-anak dengar dan patuh tanpa penjelasan yang memuaskan. Terlalu lembut sehingga semuanya dibiarkan. Terlalu keras dan tidak ada ruang berbincang, Terlalu suka melarang dan ditakut-takutkan. Maka, anak-anak ini menjadi lagi hampa dan memberontak.  Dan Gen Mil ini lagi cepat dan kuat berasa hampa kerana memang trait mereka ini adalah sangat ekspresi. Sebenarnya mereka bukan degil, tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka memberontak. Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu. Itulah yang menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.

Langkah Mengatasi Perkara ini.
Hari ini ibu kongsikan beberapa dahulu;
1)   Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor. Lebih baik outdoor. Bila mereka bermain, mereka dapat mengekpresi diri mereka. Mereka boleh menjerit-jerit, melompat, berpeluh dsb. Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat. Cucu sulung ibu, baru-baru ini tiba-tiba suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kai balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang. Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.

2)    Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV. Bila anak-anak bermain video games, mereka akan mengalami adrenalin rush. Dan bila mereka tidak beri bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka. Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu. Oleh itu pilih games yang baik dan try games itu dahulu sebelum diberi kepada anak-anak kecil anda. Jika anda sendiri rasa tak menentu selepas bermain games itu, apatah lagi anak-anak kecil itu.

3)   Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak. Nampak, maksudnya kita sendiri yang memasukkan gula itu. Tak nampak contohnya minuman soda, fast food dan sebagainya. Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang. Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging.

4)   Elakkan menjerit-jerit dan terlalu kerap memarah. Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu. Contohnya sesuatu yang merbahya baginya, seprti bermain di tengah jalan dsb. Bila terlalu suka memarahi, marah kita itu sudah tidak ada maknanya. Malah ia menjadi cara hidup yang anak-anak kecil itu akan ikut. Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu. Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah. Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter. Kawal – jika nak marah sangat, jika berdiri, duduk, istigfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit smabil memekup muka ke bantal … atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.

Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.

Rasanya cukup dulu untuk kali ini. Jika panjang sangat nanti penat pula nak membacanya. Nanti ibu akan sambung dari masa ke semasa.

Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang genius dan berhati mulia.

Perhatian:
BAGI YANG MENDAPATI PERKONGSIAN INI BERMAKNA DAN BERMANFAAT, 
ANDA BOLEHLAH MELAWAT DAN 'LIKE' PAGE IBU ROSE INI  - Ke Facebook Ibu Rose

Rahsia Orang-orang Berjaya - Lihat Hati Mereka!




Di dalam meraih kejayaan, kita memerlukan hati yang ikhlas. Hati yang ikhlas datangnya dari hati yang bersyukur. Hati yang bersyukur penuh dengan kasih dan sayang kepada Penciptanya dan segala yang dicipta oleh Penciptanya. Hati itu senantiasa mahu mencari keredhaan Penciptanya. Hati yang sering bertanya; " Tunjukkan dan jadikan hidupku hari ini Ya Allah, membawa kebahagiaan kepada lebih ramai orang?"

Kita lihat contoh orang-orang yang berjaya di Malaysia ini pun sudah cukup seperti Prof. Dr. Muhaya, Dr. Azizan Osman, Dr. Irfan Khairi, Al-Ustaz Don, Datuk Ustazah Siti Nor Bahiyah dan Ustaz Akasyah dan ramai lagi, hati-hati mereka sangat jernih mahu menolong orang ramai untuk berjaya meraih impian-impian mereka di dunia dan akhirat. Maka doakan kesejahteraan untuk mereka. Dan sesungguhnya para malaikat akan mendoakan kesejahteraan yang berlipat  kali ganda pula untuk kita. Usah dicemuh orang-orang yang berjaya. Itu hanya akan MENUTUP kemas pintu kejayaan kita.

Hanya hati-hati yang jernih yng bersih daripada hasad dengki sahaja yang boleh meraih kejayaan yang hakiki yang membawa tuan empunyanya ke syurga.

Perhatian:
BAGI YANG MENDAPATI PERKONGSIAN INI BERMAKNA DAN BERMANFAAT, 
ANDA BOLEHLAH MELAWAT DAN 'LIKE' PAGE IBU ROSE INI  - Ke Facebook Ibu Rose

PESANAN KEJAYAAN SEORANG YANG BERJIWA BESAR DAN BERHATI MULIA - Sahabatku Datuk Dr. Maznah Hamid


Pesanan kejayaan seorang yang berjiwa besar dan ber berhati mulia ini amat bermakna bagi ibu. Pertama kali ibu mendengar nama beliau ialah pada tahun 1991. Di hati ibu terpahat satu keinginan untuk bertemu beliau dan menjadi seorang kawan kepada beliau. Pada tahun 1998, ibu berjumpa beliau buat pertama kalinya di seminar Money & You. Ibu mendapati sungguh ramah dan sungguh mudah mesranya beliau ini. Semenjak itu, tercapai impian ibu untuk menjadi kawan beliau. Banyak pertolongan yang telah beliau berikan kepada ibu terutamanya kata-kata semangat.Apabila ibu mahu menghasilkan buku 'AKU LAYAK BERJAYA' beliau dengan begitu berlapang dada sudi memuatkan pesanan beliau di dalam buku ibu. Bacalah perkongsian beliau ini yang ibu yakin ditulis dengan penuh kasih-sayang. Bacalah perkongsian kawan baik ibu - Datuk Dr. Maznah, 'The Iron Lady'.


Pertama, saya ingin mengucapkan syabas kepada Dr. Rozieta di atas usaha beliau menulis buku ini. Saya telah mengenali beliau semenjak tahun 1998, iaitu semasa beliau menghadiri Business School For Entrepreneur. Sepanjang perkenalan kami, saya tahu beliau merupakan seorang yang senantiasa berusaha untuk meningkatkan keupayaan beliau. Saya kagum dengan semangat  beliau yang senantiasa mahu membantu sesiapa sahaja yang mahu meraih kejayaan hidup mereka.
Meraih kejayaan adalah suatu yang sememangnya dekat di hati saya. Hidup saya adalah mengenai meraih kejayaan demi kejayaan. Saya suka melakukannya bukan untuk saya atau keluarga saya semata-mata. Kerana saya yakin, bila kita berjaya kita boleh membantu lebih ramai orang.
Saya amat bersyukur kerana Allah memberikan kepada saya kegigihan untuk mengatasi segala cabaran yang mendatang. Namun, apa yang saya ingin ingatkan, ini bukanlah suatu bakat atau nasib. Tetapi ini adalah corak kita berfikir dan sistem kepercayaan di dalam diri kita. Jika kita berfikir bahawa kesusahan dan cabaran  itu adalah penghalang, maka kita tidak mungkin boleh berjaya. Kerana tidak ada seorang pun yang tidak menerima kesusahan atau kerumitan di dalam hidup mereka. Walaupun orang yang paling kaya di dunia ini.
Bagi orang-orang yang berjaya, mereka tidak melihat semua itu sebagai cabaran atau kesusahan. Mereka cuma melihat semua itu sebagai isu dan kemestian yang perlu diatasi dan mereka berusaha mecari jalan penyelesainya. Bagi mereka juga semua yang dikatakan cabaran atau kesusahan itu adalah sebagai guru-guru dan pemangkin di dalam diri kita yang tugasnya untuk kita melonjakkan semangat kita untuk berjaya.Kita katakan kekebalan diri.
Itulah sebab saya amat bersetuju dengan apa yang Dr. Rozieta katakan bahawa kita mempunyai berlian di dalam diri kita yang sebenarnya menjadi modal besar kepada kita dalam meraih kejayaan. Pegangan saya dalam meraih kejayaan ialah, baik kejayaan mahupun perniagaan ialah ‘modal  yang sebenarnya adalah diri sendiri'.

Beliau menyambung pesanan kejayaan ini...
Kita dijadikan unik dan dilengkapkan dengan segala keupayaan untuk mencipta kejayaan. Kita mempunyai kebebasan memilih dan mengubah apa jua sikap negatif yang berada dalam diri kita. Apabila kita mampu mengubah sikap kita, maka dunia juga akan turut berubah,
Dalam meraih kejayaan di dalam karier kita, perniagaan atau apa sahaja yang kita ceburi 'kita mesti sanggup bekerja kuat dan jika kita makan gaji kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar. Namun, ketahuilah akhirnya nanti kita akan mendapat lebih dari apa yang kita usahakan dan kerjakan. Inilah yang sering saya kongsikan bersama di dalam seminar, kursus dan penampilan saya di media cetak dan media elektronik.
Mesej saya untuk semua; Demi meraih kejayaan, kita perlu mempunyai strategi yang tersusun dan berkesan. Kita perlu mendidik dan mendisplinkan diri kita untuk mempunyai sikap, skil dan ilmu yang diperlukan. Dr. Rozieta ada membentangkan perkara itu di dalam buku ini.
Seperkara yang ingin saya sampaikan juga, kesempurnaan adalah suatu yang perlu dicapai dan dikejar dan dalam mengejar kejayaan dan kesempurnaan, sudah tentu kita akan menghadapi pelbagai dugaan, kesilapan dan kegagalan. Jadi tidaklah perlu kita memarahi, menyesali, meratapi akan kesilapan dan kegagalan kita secara keterlaluan. Tabahkan hati, kuatkan semangat, lipat gandakan usahamu demi mencapai segala impianmu. Kerana percayalah kamu layak berjaya!
Doa saya agar buku hasil penulisan sahabat saya ini akan menyuluh jalan ramai manusia untuk menyakini bahawa mereka layak berjaya dan perlu meraih kejayaan mereka demi kesejahteraan diri mereka dan umat manusia.
Seperti yang saya katakan tadi, saya mengenali Dr. Rozieta ini secara agak rapat. Beliau merupakan seorang yang gigih dan komited dalam menyampaikan mesej ini. Daripada pernah jatuh, beliau bangun kembali meraih kejayaan beliau. Buku ini ditulis bukan daripada teori tetapi daripada warna-warna hidup beliau yang kini mengindahkan dan mencantikkan kehidupan beliau. Ambil dan baca buku ini, ia adalah suatu berlian berharga dan gedung kejayaan..
Tahniah Rozieta di atas kelahiran buku ini!  ------(buku keramat ini / buku bernilai ini)

Begitulah pesanan kejayaan seorang yang berjiwa besar dan berhati mulia ini. Semoga ia menyemarakkan lagi kemahuan meraih kejayaan di dalam jiwa anda.

Perhatian:
BAGI YANG MENDAPATI PERKONGSIAN INI BERMAKNA DAN BERMANFAAT, 
ANDA BOLEHLAH MELAWAT DAN 'LIKE' PAGE IBU ROSE INI  - Ke Facebook Ibu Rose

SEDIKIT TIPS LUAR BIASA UNTUK BERKOMUNIKASI BERKESAN DENGAN ANAK-ANAK DIBAWAH 3 TAHUN


Salam ibu n ibu bapa yg lain semua.. semoga sentiasa dilimpahi rahmat Allah..:-)

Sy nk bertanya n mnta pndangan ibu dan rakan2 yg lain yg byk pengalaman ini utk memberi tips n tunjuk ajar..

Anak sy mejangkau usia 2 tahun. Sgt active dan nmpk sgt bersemangat dlm semua benda. I guess she is excited in exploring new things. Dah boleh berckp few words dgn lancar n fhm mksud bila kita berckp dgn dia. Dah pndai juga mengekspresi diri-suka, sakit, marah n ingin berkuasa.

Sy fhm perkembangan ini adalah normal utk anak seusia ini (betul kan?). Cuma yg merunsingkan sy bila dia spt tak dgr kata dan arahan.

Sy mmg cuba dr dulu tidak tinggikn suara dan pndekatan mnghukum.


So klu sy marah, sy akan buat suara yg tegas sambil memberi pndngan marah (jengilkn mata).

But she seems doesn't listen and willing to follow.

I know pendekatan mmberi penerangan on cause and consequences... but kids that age will they understand ? Sbb sy penah buat.. dia akan ttp mengulangi.

Maaf catitan sy agak pnjang..hnya ingin membri gambaran sebnr sebaik mungkin.
Hrap ibu dan rakan2 lain dpt membntu. Tq so much. ♥ - Sha Ibrahim

Pertama, ibu mengucapkan syabas kerana Sha mempunyai keinginan yang sihat untuk mencari jalan penyelesaian kepada keadaan ini. Ibu ucapkan tahniah juga kepada semua para ibu bapa yang sebegini terutama yang telah menulis dan bertanya soalan kepada ibu. Bagi yang masih belum menerima jawapan dari ibu, ibu harap boleh bersabar dan mengulang soalan itu. Soalan anda penting untuk ibu, cuma ibu belum dapat menjawabnya: ) Harap maaf.

Informasi di luar masuk ke otak kita untuk difahmi melalui 5 cara - Pancaindera - Mata, lidah, telinga, kulit dan hidung dan rangsangannya, melihat, merasa, mendengar, sentuhan dan bauan. Informasi adalah di luar dan perlu ada saluran untuk ke otak untuk difahami. Bergantung rapat kepada pancaindera mana yang paling dominan di dalam pengambilan informasi, maka sesaorang itu akan cepat memahami informasi itu bila informasi itu dimasukkan melalui jalan itu. Contohnya, bagi anak yang PENDENGARANnya lebih terangsang, maka dia senang memahami arah bila kita bercakap dengannya. Bagi yang belajar dengan melihat pula, maka, dia senang memahami arahan bila kita menunjukkannya supaya dia nampak.  Bagi yang perlu merasa, maka, dia perlu diberi rasa atau bergerak bila memberi arahan itu.

Memahami keadaan ini, maka, kita perlu mempelbagaikan arahan kita sehingga kita nampak komunikasi kita telah sampai dan difahami oleh anak itu. Contohnya, kita mahu memberitahu anak bahawa api itu panas, maka ada anak yang belajar dengar mendengar, maka kita boleh memberitahu secara bercakap atau meninggikan sedikit suara supaya menunjukkan amaran dan mengatakan ..'Aduh..' Dia boleh faham. Bagi anak yang belajar dengan melihat, maka kita boleh tunjuk kita pegang api dan tunjuk gaya ia panas dengan mengerakkan tangan kita cepat dari apai itu sambil mengatakan ' Aduh...panas'. Bagi yang belajar dengan cara merasai dan membuat, inilah yang mencabar sedikit untuk perkara seperti ini, namun, anda perlu kreatif dengan memberi dia rasa kepanasan itu sedikit dari jauh, supaya dia faham - api itu panas. Memahami akan perkara ini, anda boleh membuat kombinasi ketiga-tiga cara agar komunikasi anda lebih berkesan kepada anak itu.Satu lagi perkara yang ibu ingin sampaikan, jangan menyangka anak kecil tidak boleh faham. Semasa mereka kecil, kita bukan bercakap dengan minda sedarnya sahaja, kita bercakap dengan minda dibawah sedarnya. Kita bercakap kepada otaknya dan kita menanam benih-benih informasi yang bakal kita gunakan nanti apabila mahu berkomunikasi dengannya. Anak yang datang ke dunia ini memang seperti kain putih bersih tetapi bukan bekas kosong yang tidak berisi. Setiap anak telah hidup ribuan tahun dalam bentuk roh dan mempunyai ilmu yang banyak. Bila mereka datang ke dunia ini mereka hanya perlu belajar menggunakan badan fizikal ini untuk mengekspresikan apa yang mereka ingin komunikasikan. Bukan mereka tidak faham kita, kita yang tidak faham mereka : ). Dalam usia 3 tahun ke bawah, banyak menggunakan gerak rasa dan komunikasi dengan hati kepada mereka, nescaya anda akan dapati mudah memahami mereka.Ibu hanya tahu perkara ini benar setelah ibu mempunyai anak yang kelima. Ibu dengarnya dengan 'telinga hati' ibu. Memang senang memahaminya. Kini sudah bercucu tiga dan yang paling kecil dibawah setahun, ibu berkomunikasi dengannya secara hati dengan menggunakan minda dibawah sedar juga. Ia sangat memuaskan hati.

Cara 1,
- letakkan anak kecil itu dekat dengan dada anda.
- Tutup mata anda
- Tenangkan pemikiran anda - quiet your mind.
- Dengar dari hati.

Cara 2,
- Bercakap kepadanya semasa dia tidur. Kalau anda tidak mahu dia mengambil barang-barang yang tajam dsbnya pun boleh dibuat semasa itu. Supaya lain kali dia tidak melakukannya lagi. Semasa tidur, anda boleh terus berkomunikasi dengan minda di bawah sedarnya.

Bila mula-mula itu memanglah tidak begitu menjadi. Namun, usahakanlah. Semua yang senang bermula dengan susah dulukan. Bukankah susah hendak memandu kereta, namun anda mempunyai keupayaan menguasainya setelah belajar. Jadi, perkara ini pun sama. Apa yang sangat penting, janganlah menyangka ini tahyul atau karut. kepercayaan sebegitu menutup  jalan menggunakkan kekuatan minda dibawah sedar dan hati.

Apa-apa pun perlu banyak bersabar dan meneruskan usaha. Jangan mudah mengatakan susah. Ingat anda mempunyai potentsi menggunakan minda di bawah sedar ini. Semoga anda berjaya!

Perhatian:
BAGI YANG MENDAPATI PERKONGSIAN INI BERMAKNA DAN BERMANFAAT, 
ANDA BOLEHLAH MELAWAT DAN 'LIKE' PAGE IBU ROSE INI  - Ke Facebook Ibu Rose

MENONTON TV- ELOK ATAU TIDAK UNTUK ANAK-ANAK KECIL...

 


Ramai yang bertanya ibu mengenai elok atau tidak memberi anak-anak menonton TV atau ipad atau computer.

Jawapannya, tidak elok jika tiada kawalan. Boleh, jika program yang ditonton dipilih dan dipantau kesannya.
Membiarkan anak-anak kecil terdedah kepada TV terlalu lama boleh menjadikan mereka tidak keruan. Emosi mereka yang turun naik akibat menonton sesuatu cerita itu, jika tidak dibri outlet kinesthetik, iaitu bermain aktif, boleh menyebabkan mereka menjadi lembab, malas atau menjadikan perangai mereka tidak keruan.

Sesetengah rancangan mempunyai subliminal messages yang tidak baik yang boleh menyebabkan penonton terpukau dan kemudiannya berperangai tidak keruan terutama jika terkena trigger. Oleh itu ibu bapa perlu ambil masa dan meninjau serta memantau lalu memastikan rancangan yang mana yang menimbulkan kesan baik dan yang mana tidak.

Walaupun rancangan itu baik, jangan terlalu lama dedahkan anak-anak kecil kepada penontonannya. Ada akibat lain yang tidak baik pula timbul, contohnya kesan pada mata.

Bagaimana hendak menangani masalah anak suka menonton TV atau ipad? Lakukan jadual dan pastikan dia mengikut jadual itu. Ada masa bermain aktif, ada masa melukis, ada masa bercerita dan membaca buku, ada masa menonton TV dan selepas menonton wujudkan masa untuk dia bercerita apa yang dia tontoni. Ini dinamakan de-briefing.

Semalam cucu ibu Az-Zahraa datang kepada Ibu bercerita mengenai kebaikan carrot kepada mata dan juga mengapa kita perlu 'blink' mata kita. Ini adalah pengetahuan Sains dan dia belajar dari Elmo secara berseronok.

Kesimpulannya, bukan semuanya buruk dan bukan semuanya baik. TV adalah alat yang menjadi berfaedah hanya bila kita bijak menggunakannya.

Perhatian:
BAGI YANG MENDAPATI PERKONGSIAN INI BERMAKNA DAN BERMANFAAT, 
ANDA BOLEHLAH MELAWAT DAN 'LIKE' PAGE IBU ROSE INI  - Ke Facebook Ibu Rose

HADIAH MAAL HIJRAH - Sebuah Penulisan Mengenai - JIKA ANAK LAMBAT BERCAKAP & MEMBACA (In BM And English)


Terima kasih diatas input bernas mengenai Isu anak lambat bercakap. Ibu sunguh gembira melihat perbincangan dan perkongsian sihat itu. Ibu harap kita akan dapat melakukan sebegini selalu.

Sempena menyambaut Maal Hijrah serta kerana mencapai 11,000 ahli, ibu ingin menghadiahkan sebuah perkongsian pengalaman ibu dalam mengatasi masalah anak lambat membaca. Walaupun ini bukan isu anak lambat bercakap, prinsipnya tetap sama:Yakin dengan Allah, Berdoa kepadanya,
Yakin anak boleh melakukannya.
Sabar dan prihatin
Rasa jiwa anak
Buat untuk anak bukan takut apa orang kata
Ambil langkah medical, sekadar memastikan sahaja
Beri sokongan dan semangat
ELAKKAN TAKUT dan BIMBANG yang berlebihan
Elakkan mengejek
Relaks and take it easy
Bacakan doa-doa
BERSYUKUR


Sekiranya kita mahu melihat keputusan positif yang berpanjangan, kita perlu melakukannya mengikut kekuatannya. Kita telah diajar sejak dahulu lagi, memberikan kutukan akan menggalakkan mereka melakukannya dengan lebih baik. Saya tidak tahu bagaimana pengertian ini dapat memasuki jiwa kita tetapi bagi saya ia tentu sekali satu strategi yang salah, malah merosakkan keyakinan diri anak kita.
Untuk menjayakan hasil positif yang berpanjangan ke atas diri anak-anak kita, binalah kekuatan yang telah ada dalam diri mereka. Sekiranya mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik di sekolah, tetapi mempunyai prestasi dalam bidang sukan atau mempunyai kekuatan kepintaran dalam hubungan antara manusia, lebih baik kita menolong mereka untuk membinanya. Kepintaran ini adalah umpama mutiara di kalung mutiara. Satu digugurkan akan menggugurkan kesemuanya; satu dijatuhkan membuatkan semuanya bertaburan di lantai.
Anak lelaki saya Anas, hanya dapat membaca dengan lancar pada umur lapan tahun. Sungguh susah mengajarnya membaca. Ia tidak faham langsung teknik yang digunakan. Saya hampir-hampir berputus asa tetapi sebagai ibu, kasih sayang saya kepadanya memaksa saya mencari jalan penyelesaian. Pada ketika itu, pengetahuan saya tentang ‘Kepintaran Pelbagai’ ini dan cara meningkatkan prestasi anak-anak sungguh terhad, tetapi walau bagaimanapun saya telah diberikan cara untuk menangani masalah itu dan saya sungguh bersyukur hingga ke  hari ini.
Saya dapati sejak dari kecil Anas sungguh gemar melukis. Pada hakikatnya, setiap kali apabila saya mahu mengajarnya membaca, dia akan bertanya, bolehkah saya melukis? Pada mulanya, saya sungguh marah kerana saya fikirkan dia cuba mengelak dan malas belajar. Nasib saya baik kerana saya mendengar kata hati saya dan tidak hanya membenarkan dia melukis tetapi juga membelikannya set peralatan untuk melukis. Selama seminggu saya tidak mengajarnya membaca. Saya hanya memuji lukisannya yang benar-benar cantik. Dia memperoleh keyakinan diri dan pada masa yang sama mendapat galakan untuk belajar membaca. Dalam masa beberapa minggu sahaja, kebolehan membacanya meningkat dengan begitu mendadak.
Kini, Anas seorang anak muda yang sungguh membanggakan saya. Dia mengambil jurusan Seni Reka Grafik di sebuah universiti tempatan dan pada masa yang sama, menjadi seorang pereka Seni Grafik Bebas (freelance graphic designer) yang membuat seni reka grafik untuk beberapa buah syarikat. Dia amat berminat dengan apa yang dilakukan olehnya. Dia membesar menjadi seorang yang sungguh berbakat, bertanggungjawab, dan menjadi pemuda yang berkeyakinan tinggi. ‘Sejuk perut saya mengandungkannya’. Dia merupakan anugerah yang amat istimewa.
Setiap kali saya melihat hasil kerjanya, saya tidak dapat menahan air mata saya yang gugur bercucuran apabila saya memikirkan semua ini dan tanggapan saya bahawa masa depannya gelap kerana dia tidak pandai membaca. Saya sungguh bernasib baik kerana memegang kepercayaan kepada kelebihan yang dianugerahkan kepada dirinya dan mengambil langkah yang betul untuk mengasuh pemberiannya itu. Saya hampir menjadi ibu yang menangis dan merintih melihat nasib anaknya musnah akibat kemarahan dan kebencian kepada kekurangan diri sendiri. Bersyukur saya kepada Tuhan, yang memberi saya petunjuk-Nya.

Kepada teman- semua, apa yang saya cuba katakan di sini ialah jangan sesekali putus harapan terhadap anak-anak dan murid-murid anda. Jangan sesekali memikirkan mereka tidak pintar dengan hanya mengukur prestasi pelajarannya di sekolah. Lihat jauh ke dalam dan cuba dapatkan potensi semula jadi mereka yang telah dianugerahkan serta didiklah mereka kerana inilah inti pati sebenar seorang pendidik. Seorang pendidik bertanggungjawab untuk menggilap potensi yang sedia ada pada setiap murid di bawah jagaannya. Ini adalah kerana setiap murid yang datang ke dunia ini membawa dan dilengkapi dengan potensi semula jadi masing-masing yang dianugerahkan oleh Tuhan sebagai satu bekalan untuk meneruskan misi kehidupannya di dunia ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------


BI
Should we want to see lasting positive results, we need to work on their strengths. We were taught previously somehow that by condemning we would encourage good result. I do not know how this notion got into us but I am definite it is not just a wrong strategy but also detrimental to the self-esteem.

To have lasting positive results on our children, build on their strengths. If your child is not doing well in school but he is so good in sport or have strong inter-personal intelligence then build on that. These intelligences are like pearls on the pearl necklace. Lifting one will help lift the rest. Pulling one down will bring the rest down too.

My youngest son, Anas, was only able to read fluently at the age of eight. It was so difficult to teach him to read. It was as if it did not register into his brain. I almost gave up but being a mother, my love for him is unconditional and so I looked for the solution. At that time my knowledge regarding these intelligences and child up bringing was very limited but somehow I was guided to take an approach that I am grateful for until today.

I noticed that since small Anas loves drawing. In fact every time when I wanted to teach him to read, he would ask me if he could draw. Initially, I was very angry because I thought he was trying to run away and was being lazy. Fortunately, I listened to my heart and not only did I allow him to draw but I bought drawing sets for him. For a few weeks, I did not even bother to teach him to read. I just praise him genuinely on his drawings that were really beautiful. He gained his confidence and at the same time gain courage to learn to read. Within a few weeks after that, his reading ability shot up. Now a young adult, Anas really makes me proud. He is studying graphic design in one of the local varsities and at the same time a freelance graphic designer that does graphic design work for companies. He loves what he is doing. He had grown up to be a very talented, responsible and confident young man. It is a privilege to have him as my son.

Every time I look at his finished work, I cannot stop my tears from coming out for I came so close to thinking that he would not make it in life because he was so slow in learning to read. I was fortunate to hold on to my belief in his gifts and took the right step to nurture those gifts in him or else I would be amongst those parents who cry their hearts out to see their sons perish in anger and self-hatred. Bless be to God, the One that gives us His guidance.

What I am saying here, dear friends, is not to ever give up on your child or student. Do not ever think that they are not intelligent just by taking their performance in school as the means of measuring their intelligence. Look beyond and deeper into them and find their true potential/s and gifts and nurture them because that is the essence of an educator. An educator is to unleash the inborn potentials in his charges. This is because every child that comes into this world brings and is equipped with his inborn potentials and gifts to help him to carry out his mission in this world.
 

Perhatian:
BAGI YANG MENDAPATI PERKONGSIAN INI BERMAKNA DAN BERMANFAAT, 
ANDA BOLEHLAH MELAWAT DAN 'LIKE' PAGE IBU ROSE INI  - Ke Facebook Ibu Rose

HADIAH YANG PALING BERNILAI untuk anak-anak yang BERJAYA!




Keputusan UPSR baru sahaja diumumkan. Tahniah kepada yang telah meraih kejayaan yang diidamkan! Bagi yang tidak, teruskan usaha dan elakkan berasa tidak berjaya. Usaha dan usaha dengan bijak lagi. Ubah cara dan ubah tanggapan diri kepada yang lebih positif.

Di dalam kita bergembira atau berduka menerima keputusan UPSR anak-anak, ingatlah suatu perkara. Mereka bukan trophy kita. Jangan jadikan anak-anak trophy untuk dibangga-banggakan. Jika dia berjaya meraih keputusan cemerlang nyatakan kegembiraan dan penghargaan anda kepadanya. Rai dengan bersederhana. Boleh mengucap terima kasih kerana dia berusaha menjadi contoh yang baik untuk dunia. Apa yang tidak perlu dilakukan ialah menjajanya dan mencanangnya ke seluruh tempat. Mungkin ada ibu bapa yang menyangka ini akan menjadi anak itu bangga. Tetapi sebenarnya ini memberi kesan tekanan kepada anak itu juga. Railah kejayaan mereka dan railah dengan bersederhana.Sekadar untuk anak tahu anak gembira dengan usaha mereka bukan sehingga menimbulkan tanda tanya di hati mereka "bagaimana jika aku tidak berjaya adakah aku cukup untuk ibu bapaku?"

Jika anak anda tidak berjaya meraih kejayaan yang diidamkan, duduk dengan dia sebentar. Ambil masa untuk bersamanya. Biar dia yakin akan kasih-sayang anda. Apa yang penting bangunkan semangatnya agar dia bersemangat untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang nanti. Ajak dia melihat apa yang boleh dipelajari daripada 'kegagalan' itu. Jangan mengutuk atau memberi dia merasakan anda amat kecewa dengannya sehinggakan memati semangatnya. Bijaklah dalam membetulkan sikapnya.

Anak-anak perlu tahu juga bahawa ibu bapa mereka TIDAK berhutang apa-apa dengan mereka sekiranya mereka meraih A. Ibu bapa TIDAK perlu memberi hadiah kerana anak telah berjaya. Apa yang lebih elok ialah anak-anak menyedari bahawa adalah lebih mulia untuk mereka berterima kasih kepada ibu bapa dan guru kerana tunjuk ajar yang diberi.



Jika mahu menghadiahkan anak-anak dengan hadiah tanda penghargaan, BOLEH. Namun, buatlah beberapa minggu setelah keputusan diumumkan dan jangan berjanji terawal, contohnya, kalau dapat A, ayah akan beri RM100 untuk setiap A contohnya. Biar dia merasakan keseronokkan meraih kejayaan itu tanpa gangguan tanda harga pada hadiah yang diberi.Kerana RM100 itu mungkin dia rasa banyak sekarang, namun bila dia sudah besar, RM100 itu nilainya tidaklah banyak sangat, maka ini akan backfire niat kita untuk memberi semangat kepadanya. 'Dia akan terfikir, itu sahajakah nilai kejayaanku?'


Maksud ibu, bila ibu bapa menjanjikan dan memberi nilaian wang, contohnya RM100 untuk setiap A. Ini sebenarnya menyebabkan anak itu merasai;

1- Ibu bapa perlu memberi mereka hadiah kerana mereka melakukan kebaikan untuk diri mereka. Sedangkan melakukan kebaikan utk diri mereka atau orang lain adalah akhlak yang memang patut mereka punyai dan tidak perlu di bodek atau diumpan untuk melakukannya.

2- Bila kita menyamakan pencapaian kejayaan itu dengan mata wang atau hadiah yang besar nilainya, maka anak itu akan menilai kejayaannya hanya sekadar tag harga pada hadiah itu. Sedangkan nilai kejayaan adalah sangat besar dan priceless.Kemanisan meraih kejayaan itu yang ingin kita beri anak-anak kita merasakannya. Hadiah dari kita hanya untuk memberitahu mereka kita tumpang gembira dan suka melihat dia berjaya.

3-Kita juga mahu memberi anak-anak faham, bahawa kita menghargai titik peluh dan usahanya. Maka, berilah penghargaan kepada usahanya walaupun dia tidak meraih kejayaan yang besar namun, lihat juga pada usahanya. Ini membolehkan semangat untuk terus berjaya wujud didalam diri anak. Lakukan bersederhana juga.

Mengapa ibu amat bersungguh dalam bab ini, ini adalah kerana ibu telah nampak kesan memberi hadiah berlebihan kepada anak-anak bila mereka berjaya di dalam peperiksaan, atau berpuasa atau sepertinya. Perkara ini mewujudkan suatu sikap Entitlement yang tidak sihat dan terbawa-bawa kebesar.  Sedangkan itu bukan matlamat asal ibu bapa. Ibu tahu ibu bapa sebenarnya mahu memberi semangat kepada anak-anak merekanuntuk berusaha . Oleh itu buatlah dengan bijak. Jangak bodek atau pancing anak untuk berusaha demi kejayaan mereka. Mereka perlu ada kemahuan itu sendiri dengan kita memberi semangat tanpa mengunakan hadiah berharga as the carrot. 

Perhatian:
BAGI YANG MENDAPATI PERKONGSIAN INI BERMAKNA DAN BERMANFAAT, 
ANDA BOLEHLAH MELAWAT DAN 'LIKE' PAGE IBU ROSE INI  - Ke Facebook Ibu Rose